Sultan Abdul Rahman hidup semasa zaman keagungan kerajaan Andalus di Sepanyol. Ayahnya berketurunan arab dan ibunya adalah berasal daripada penganut kristian berbangsa Eropah bernama Mary. Sultan Abdul Rahman adalah seorang yang sangat berilmu dan sangat kuat membaca.
Di zamannya dibina gedung-gedung perpustakaan di seluruh tanah jajahan Andalus. Ramai juga ahli cerdik pandai arab yang mula berpindah dari tanah arab ke sepanyol semasa zaman pemerintahannya. Istana sultan Abdul Rahman dipenuhi dengan buku-buku. Dikatakan terdapat lebih kurang 40,000 buah buku yang terdapat di dinding-dinding istana dan hampir kesemuanya telah dibaca oleh sultan Abdul Rahman. Sultan Abdul Rahman juga ada tukang salin yang kerjanya menyalin buku-buku yang tidak terdapat dalam koleksi perpustakaannya. Maklumlah, mesin fotostat belum dicipta pada zaman itu.
Dia juga ada menghantar beberapa orang pekerjanya untuk merantau ke seluruh negara untuk mencari buku-buku bernilai untuk dibeli. Pernah diceritakan sultan abdul rahman pernah membeli sebuah buku yang tidak terdapat dalam koleksi peribadinya dengan harga 1,000 dinar.
Semasa penaklukan semula sepanyol oleh tentera kristian, banyak buku-buku yang dibakar dan sebahagiannya dibawa pulang ke eropah. Sebab itu hingga sekarang, masih banyak manuskrip cendikiawan Islam masih tersimpan di museum dan perpustakaan di negara-negara Eropah.
Dalam sejarah Islam , terdapat dua kali pemusnahan buku apabila berlaku penaklukan musuh terhadap negara Islam
Penaklukan Sepanyol - buku dibakar
Penaklukan Baghdad – buku dicampakkan ke dalam sungai
Penakluk-penakluk ini merosakkan buku-buku ini apabila mereka berjaya menawan negara Islam kerana mereka merasakan dengan cara itu samalah dengan mereka memusnahkan hati umat Islam. Ini kerana umat Islam pada waktu itu sangat dikaitkan dengan buku. Buku adalah simbol kemajuan umat Islam. Jika tidak, mengapa buku perlu dibakar dan dibuang ke dalam sungai. Kita sudah tidak mendengar berita penakluk kafir memusnahkan buku-buku di negara Islam sekarang kerana sekarang umat Islam sudah tidak dikaitkan dengan buku.
*sekarang tengah bace Rindu Andalusia which is one of Trilogy of Granada.
No comments:
Post a Comment