Friday, November 27, 2009

Ibrah dari Siti Hajar

Bismillah..

Selamat hari raya aidiladha buat semua muslimin muslimat,kullu 'aam waantum bikhair,insya-Allah..

Ingin berkongsi buat muhasabah diri dan sesiapa jua yang membaca.Baru balik dari bertakbir di rumah rakan2 undergraduate dan mendapat perkongsian yang sangat berharga dari kak Wani.Sesuatu yang memang diri dah tahu dan cuba untuk dihayati..

USAHA + DOA + TAWAKKAL

Bila diimbas balik,umum tentunya maklum akan kisah Nabi Ismail a.s. dan ibunya,Siti Hajar.Lakaran kisah ini jugalah yang pernah disebutkan oleh Nabi salallahu alaihi wasallam apabila ditanya tentang sa’iy (berlari-lari anak) dari safa ke marwah sebagaimana hadis yang driwayatkan oleh ibnu Abbas mafhumnya:

“Demikianlah (merujuk kepada kisah Hajar berlari sebanyak 7 kali antara safa dan marwah semata-mata mencari air untuk anaknya yang kehausan) berlari-lari anak (sa’iy) yang dilakukan oleh umat Islam sebagai salah satu rukun haji antara Safa dan Marwah)”

Sebagaimana yang dinyatakan dalam riwayat al-Bukhari daripada Ibnu Abbas maksud (sahih al-bukhari) dan mafhumnya (penjelasan Ibnu kathir dalam fathul bari),berikut adalah petikan klausa yang menampakkan kehebatan wanita ini:

“…Maka hajar dan anaknya Ismail mengikut Ibrahim alaihimussalam sambil bertanya secara berulang kali: Wahai suamiku Ibrahim, ke mana mahu kamu bawa kami? Apakah kamu mahu tinggalkan kami berdua di tempat yang tidak berpenghuni dan sahara kontang ini? Hajar merayu kepada Ibrahim berulang kali, namun langsung tidak dijawab oleh Ibrahim alaihissalam. Tanpa putus asa Hajar bertanya lagi: Apakah Allah yang memerintahkan kamu dengan hal begini? Ibrahim menjawab sepatah: Ya (na’am).Setelah mendengar jawapan suaminya itu, Hajar alaihassalam dengan penuh yakin berkata: “Jika begitu, nescaya Allah tidak akan mensia-siakan kita”…”

PENGAJARAN

Memetik kisah Safa dan Marwah,diceritakan yang Siti Hajar terlihat bayang air di dua tempat ini.Ketika di bukit safa,beliau terlihat air di bukit marwah dan begitulah seterusnya.Secara logiknya,akal manusia biasa seperti yang menulis akan memutuskan untuk tidak meneruskan pencarian di tempat yang pada awalnya memang diketahui tiada air.Tetapi,dalam konteks USAHA dan YAKIN DENGAN JANJI ALLAH,Siti Hajar tetap berlari-lari di antara dua bukit itu!
Dan beliau HANYA berhenti pabila melihat air mengalir keluar dari tempat hentakan kaki anaknya,Nabi Ismail a.s..

Ibrahnya,Siti Hajar mengajar kita untuk TERUS berusaha sehingga MENDAPAT apa yang diingini.USAHA Siti Hajar dapat dilihat daripada perbuatannya BERLARI-LARI anak dari bukit Safa dan Marwah!Dan walaupun tidak mendapati adanya AIR di kedua-dua bukit ini,beliau masih berlari ke arah adanya AIR which happened to be EITHER at these two places!Dan pabila mendapati AIR keluar dari hentakan kaki si kecil,Nabi Ismail a.s.,beliau MENGHENTIKAN pencariannya!

Siti Hajar juga mengajar kita untuk YAKIN dengan JANJI-NYA!Beliau yang pada mulanya berulang-kali bertanya kepada suaminya tentang destinasi perjalanan mereka akhirnya REDHA dengan jawapan suaminya.Apa jawapan Nabi Ibrahim a.s.?

Tanpa putus asa Hajar bertanya lagi: Apakah Allah yang memerintahkan kamu dengan hal begini? Ibrahim menjawab sepatah: Ya (na’am).Setelah mendengar jawapan suaminya itu, Hajar alaihassalam dengan penuh yakin berkata: “Jika begitu, nescaya Allah tidak akan mensia-siakan kita”…”

REDHA yang sama maksudnya BERSERAH DIRI dengan KETETAPAN dari Allah serta YAKIN dengan janji-Nya.Janji-Nya yang tidak akan pernah menzalimi makhluk-Nya!

Wahai diri,yakin dengan-Nya ya?Of all people,you should have known that Allah has decreed that boundaries..

Have faith in Him!

Let Allah takes care of the rest,shall we?Insya-Allah,everything will be just fine.Amiin.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,

Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.

(Hadis Riwayat Bukhari)

2 comments:

Anonymous said...

kupasan yang sangat bagus. afwan sangat cerita akak hari tu tak berapa proper sebab idea nak share pengisian datang secara tak semena-mena. tapi yang paling penting, walau apa pun ceramah/ilmu dan daripada sesiapa pun yang menyampaikannya, IBRAH itu yang kita kena fahami dan hayati. dan IBRAH itu kita larutkan dalam kehidupan seharian. Alhamdulilah wallahuakbar sbb tak sangka pengisian yang sgt dhoif tempoh hari dpt menjentik segelintir hati.

moga kita sentiasa memburu keredhaan allah melalui ibrah penciptaan-Nya.

oh ya, akak nak copy paste entry ni utk diletakkan dalam blog usrah tinta nurani ya? kalau alina ada apa2 penulisan yg ingin dishare, kami warga salsabila dan tinta nurani sgt2 mengalu2kannya. nanti bgtahu k wani ya?


wallahualam.
kak wani

www.tintanurani.wordpress.com

wardah_bahirah said...

usaha+doa+tawakal = jatuh juga...

usaha^2+doa^2+tawakal^2 = insyaAllah..bjaya...

Allah nak uji thap keimanan hamba2Nya... Takkan dikatakan beriman seseorang tu selagi dia tak diuji...

kupasan yang menarik Alina...keep it up!