Dari dulu sangat-sangat setuju dengan kata-kata Imam Nawawi. Tapi belum rasa lagi macam mana perasaannya, boleh ke dipraktikkan? Apa kata-kata beliau? Rujuk di bawah:
'Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada pada dirimu. Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu' (Imam Nawawi)
Apa itu agama? Sekadar pengetahuan? Nope, ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah. (Ingat dalam hati sampai mati Alina!)
Dalam masa yang sama membantu untuk differentiate between cinta buta dan cinta hakiki, should I say?
Nevertheless, moga Allah berikan kita semua kefahaman agama. Maksudnya? Bukan sekadar tahu in terms of ketinggian ilmu agama tetapi hebat juga dalam praktikalnya. ( Sangat-sangat ditujukan kepada empunya blog)
Tips untuk beroleh kekuatan super hebat: tinggalkan maksiat dan amalkan kebaikan; kena buat serentak untuk lebih efektif. Yes, melawan hawa nafsu itu jihad yang sangat besar. Siapa kata mudah? Itu bohong namanya.
Moga semangat jihad kita semua sehebat mereka yang berada di sisi baitul Maqdis. Segankan?
Last but not least, alhamdulillah terima kasih sebab beri nikmat untuk merasa kebenaran kata-kata tu. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Jadi, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan Alina?
No comments:
Post a Comment