Sunday, May 15, 2011

Dia Memanggil Kita


Saya rindu untuk menjadi tetamu Allah lagi. Pabila mengucap lafaz talbiah ketika bergerak dari Miqat untuk menunaikan umrah, hati begitu sayu..

Dia yang Maha Besar itu memanggil kita..Bayangkan, siapalah kita untuk Dia pandang..Dia bisa saja melenyapkan manusia yang tidah patuh padanya dan menggantikan kita dengan umat lain yang akan taat pada-Nya..

Dan maksud lafaz talbiah itu sendiri bila difahamkan maknanya sungguh menggugah jiwa..

Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.

"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

Dan ketika ingin melakukan tawaf sebagai salah satu perkara wajib dalam umrah, kita akan menuju ke hajar al aswad untuk memulakan tawaf. Ketika inilah kita akan membaca doa yang bermaksud:

"Ya Allah kerana keimanan kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, menunaikan janji-Mu dan menurut sunnah nabi-Mu ku melakukan amalan ini."

Ketika saya membaca doa ini berulang-kali, ia menjawab kegusaran hati saya dan segala bisikan2 yang hadir yang mengasak dengan persoalan: kenapa kau pusing keliling benda kotak ni Alina? Kenapa kau buat umrah ni Alina? Kenapa kau bersusah-payah datang sini, buat habis duit je. Dengan panas- terik ni kenapa kau datang jauh2 ni Alina?

Dan hati saya berbisik: Saya mencari cinta Allah. Dalam kelam dunia ni, saya tak boleh hidup tanpa cinta Allah. Saya nak doa banyak2 untuk minta jatuh cinta dengan Dia. Saya nak masuk syurga tertinggi dan melihat wajah-Nya tanpa hijab. Dan itu adalah kejayaan terbesar seorang mukmin.

"Dan dikatakan kepada Muttaquun, masuklah ke dalam syurga di mana di dalamnya terdapat ketenangan dan kesejahteraan."

"Dan Kami akan menghilangkan dari dada mereka any deep feeling of bitterness ( that they may have). (So they will be like brothers) facing each other on the throne. "

"No sense of fatigue shall touch them, nor shall they ever be asked to leave it."( AlHijr: 45-48)

Jom kawan2! Kita berusaha ya untuk dapat syurga tertinggi tu so that kita boleh duduk bersama2 dalam tingkatan syurga yang sama dengan Rasulullah SAW dan para sahabat!

Dan ketika menunaikan sai'e dari dua bukit Safa dan Marwah, sekali lagi Allah yang Maha Baik itu menyentuh hati hamba-Nya dengan lembut di dalam doa sewaktu sai'e ke-4. Antara maksudnya:

" Maha Suci Engkau ya Allah, sesungguhnya kami tidak menunaikan ibadah kepada Engkau sebagaimana yang sewajarnya. Maha Suci Engkau ya Allah, kami tidak menyebutkan nama-Mu sebagaimana yang selayaknya dengan kebesaran-Mu."

Menitik airmata tatkala melafazkan doa ni. Dengan penuh kesedaran ya Allah, ya amal ibadahku tidak sempurna tapi Kau masih menerima aku sebagai tetamu-Mu. Subhanallah, baiknya Engkau!

Dan ketika membuka kembali buku 'Teman Tetamu Allah Panduan Umrah & Ziarah' kembali, airmata saya menitik lagi terkenangkan Madinah & Mekah..

Untuk itu, kawan2 saudara seakidah saya yang dirahmati Allah, Ramadhan ni insya-Allah kami saudara seakidah kamu dari Isma Eropah akan menganjurkan Program Umrah Ramadhan bermula dari 8- 18 Ogos 2011. Program ini adalah kerjasama bersama2 dengan Isma Mesir. Insya-Allah promo dan harga pakej akan dipaparkan sedikit masa lagi; boleh ikuti perkembangannya di laman web pihak kami www.ismaeropah.com.

Kelebihan Umrah dalam bulan Ramadan:

Rasulullah saw hanya sempat mengerjakan sekali Haji sahaja di dalam hidup Baginda saw. Haji dalam tahun 9 Hijrah ini (setahun sebelum Nabi saw wafat) dikenali sebagai “Haji Perpisahan” dikerjakan bersama 140,000 umat Islam, sekaligus menjadi pedoman ibadah Haji umat Islam sehingga akhir zaman. Sebahagian sahabat yang tidak mampu tidak dapat membawa isteri mereka turut serta. Dalam kesedihan isteri-isteri mereka menyampaikan salam kepada Rasulullah saw melalui suami-suami mereka sebelum Bagin da saw berangkat dari Madinah ke Mekah. Setelah menjawab salam mereka, Baginda saw bersabda bermaksud, “Sampaikan kepada mereka (isteri-isteri Sahabat) bahawa (mengerjakan) Umrah dalam bulan Ramadan menyamai (pahalanya dengan mengerjakan) Haji bersama aku”. Alangkah besarnya pahala mengerjakan Umrah dalam bulan Ramadan.


Let's make intention brothers and sisters! Semoga Allah menerima kita sebagai tetamu-Nya insya-Allah


No comments: