Thursday, June 26, 2014

Sang Ikhwah Gila-Gila





Lantas kutekan butang "Accept Friend Request"

Tidak lama selepas itu..

"Thanks accept. Boleh kita berkawan?" terpapar di timeline

"Haha :p Insha-Allah"

Setahun yang lalu

Aku diminta hadir ke satu meeting berkenaan dakwah dan tarbiyah..

Dalam kekalutan pulang dari kerja yang persis seorang doktor kerana selalu on-call (maaf bukan doktor), aku menapak masuk ke pejabat X

Aku duduk di barisan belakang..

Hari ini adalah hari pertama menghadiri meeting Y

Ala-ala beginner gitu..

Aku dengan keseriusanku dan  mereka dengan ulah mereka..almaklumlah, engineer spesies perempuan ni agak agresif dan proaktif..

Ketika pembentang jemputan membentangkan kertas-kerja, aku khusyuk mendengar bersama 100% konsentrasi..

"Islam itu syumul dan segala apa di bawah sinaran matahari ini adalah tidak lari dari lindungan Islam"

Lebih kuranglah ye..Ingat-ingat lupa plak..

"Kalaulah Islam itu syumul sehinggakan kita kena masuk Cak Lempong, maka apa salahnya"

"Kalau kesyumulan Islam itu hanya terbukti dengan kehadiran kita dalam teater musikal anjuran pihak universiti, maka saya dan semua tiada halangan"

Aku yang mendengar..

TERPANA..Orang putih kata jaw-dropped !

Siap dengan gaya2 tangan sekali tuh..

Nak bersilat ke berzapin mamat ni? ..Senang citer, adalah gaya dua2 tuh

Apakah benar apa yang aku dengar ini..

Oh Allah, tak pernah2 ada ikhwah mahupun akhawat berkata sedemikian rupaa..

Tidakkk!!!!

Habislahh! !  !  ! !

Ikhwah ini bakal ditelan samudera amukan senior2 di hadapannya, fikirku

Tapi, takdelah sampai sebegitu rupaa..Adalah seketul dua bersuara menyatakan kurang setuju..

Aku?

Terkesima melihat kredibiliti sang ikhwah gila-gila itu..

Hehe..jangan salah faham..

Sudah tentulah penglibatan kita dalam apa jua urusan hidup perlulah dalam lingkungan syari'at Islam..
Konklusi?

Malam itu, aku seperti terjatuh cintaa..

Itulah cinta idamanku..

Aku meluahkn rasa hati pada housemateku, Tipah si akhawat comel..

Excited benar gayanya mendengar ceritaku..

Dengan tekad yang jitu..aku bersiap-siaga..

Walaupun baru sekali berjumpa, aku terus berlagak gentlewoman..

Berbekalkan kepahlawanan Khaulah Al Azwar, aku merisik mengenai sang ikhwah gila-gila dari naqibahku..

Oh, dia student local..Asal selatan dan amik law pulak tu..

Dakwah dan tarbiyah??

Masha-Allah!! Tip top meletopp

Aku?? Err..

Krik..krikk..krikk

Tidak lama selepas itu..

Akhirnya, aku dengan rendah hati mengundur diri..tersentap sedikit dengan kata-kata naqibahku (mendalam weii)

"Kalau kita nak orang yang hebat jadi partner kita dunia akhirat, kita pun kenalah hebat juga. Kalau boleh kena ukur baju di badan sendiri"

"Pipit dengan enggang mana boleh terbang bersama"

Hatiku menangis. Takpelah, biarlah aku jadi yang terbaik hanya untuk Dia yang selayaknya..

2 tahun kemudian

Aku terus istiqamah dalam platform dakwah..Tipah si akhawat comel setia menyalurkan kekuatan dan kata-kata semangat serta taujihat..
Aku bersyukur kerana aku sudah punya bulatan gembiraku sendiri..kawan2 seofisku turut datang menyerikan lagi bulatan gembira ini..

Aku tidak lagi teringat si ikhwah yang gila-gila..aku lebih fokus dan lurus dalam perjuangan dakwah dan tarbiyah..

"Tipah, jom pergi forum XYZ dekat JB tu. Ana tertarik sgt nak tahu kedudukan Melayu Muslim dalam memartabatkn Islam di Malaysia."

Rupa-rupanya, Tipah si akhawat comel adalah AJK tegar bg forum XYZ

Apalagi, aku pun laju saja mendaftar dengan si Tipah..

Pagi itu sungguh ceria..tak sabar rasanya untuk hadir forum ni..

Panelis2 sungguh hebat belaka..aku khusyuk dalam penghayatanku..Sesi penggulungan hujah disudahi dengan lafaz terima kasih dr pak moderator..
Nak dijadikan cerita, Tipah si akhawat comel berseorangan mengendali forum ini bersama beberapa ikhwah..

Ramai akhawat tidak dapat hadir kerana kekangan lain..aku pun membantu Tipah mengemas gelas minuman panelis..

Dalam perjalanan ke dapur untuk mencuci gelas, aku yang tunduk memandang lantai (eh tawadhu'nya huhu) tiba-tiba terasa ingin mengangkat wajahku..

Ehhh?

Macam kenal sahaja..

Aku terus memandang lantai  dan mengawal riak wajahku..

Selesai urusan di dapur, aku terus keluar dari pejabat bagi menjaga hatiku..

Woah, ada badai bergelora okayy

Tapi dekat dalam hati jelah..hee

Aku menunggu si Tipah akhawat comel di dalam keretaku..

Cuaca sangat panas yang amat.."Mana si Tipah ni"

"..........................."

"Dear, dah masuk Zuhur ni"

Tamparan halus terasa di pipi
Aku lantas mengusap mata..

"Eh, kenapa awak ada kat sini?"

Separa mamai..

"Eh, kitakan baru je akad nikah malam tadi. Petang nikan majlis kita dear"

Balasnya tersenyum manis.

Consciousness level - reached 100%

Ya Allah

"Alhamdulillah. Terima kasih Allah"

Aku membalas senyum si suami..

Eh, ada notification Mukabuku..bisik hatiku ketika terpandang skrin handphone..

Dan akupun tersenyum haha

So sweet!



Wednesday, June 25, 2014

Hak Sesama Muslim ke-6


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,

“Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila dia meninggal dunia iringilah (jenazahnya).” (Hadis Riwayat Muslim)



Dan alhamdulillah saya telah menunaikan hak saya yang keenam..

Hari ini, beliau meninggal dunia dan meninggalkan kesan kepada saya..

Saya kurang mengenali beliau walaupun beliau adalah anak saudara dari sebelah ayah.

Tetapi, perginya beliau meninggalkan impak mendalam buat saya..

Saya terpanggil untuk meninggalkan kerja-kerja saya dan tampil melunaskan hak saya kepadanya, bermula dari malam tadi sehingga beliau dikebumikan..

Alhamdulillah saya diberi kekuatan ( taufiq dan hidayah) dari-Nya untuk mengiringi jenazah beliau sehingga ke tanah perkuburan..

Sepanjang proses pengebumian (jenazah dibaringkan dan liang lahad dikambus), hati saya alhamdulillah tidak putus-putus bermuhasah dan mendoakan beliau, seorang saudara seakidah dengan saya yang juga anak saudara saya..

Apa yang saya dapat simpulkan sepanjang doa-doa yang saya lintaskan dalam hati; semoga Allah menerima beliau sebagai tetamu yang ditunggu-tunggu di sisi-Nya..

Dari peristiwa ini, saya alhamdulillah berjaya (walaupun banyak celanya) melunaskan hak sesama muslim saya yang keenam..

Setibanya kami di tanah perkuburan, suasana redup menyambut kami seakan-akan beliau adalah tetamu yang dinanti..

Perjuangan beliau telah tamat di dunia ini..dan perjuangan saya masih berbaki yang entah berapa lama lagi..

Walaupun begitu, saya terkilan dengan sedikit salah-faham orang-orang lama; bahawa solat jenazah dan sepanjang proses pengkebumian jenazah adalah common among men only..

Sedarlah bahawa besar ganjaran dan ibrahnya bagi mereka yang mengetahui:

Sabda Rasulullah SAW: “ Apabila dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya.
Barang siapa yang menghadiri jenazah, mensolatkan dan mendoakannya, maka dia akan memperoleh pahala satu qirâth. Barang siapa mensolatkan dan mengiringinya sampai pemakaman, dia akan memperolah 2 qirâth. Ada yang bertanya: “Wahai Rasulullah, apa itu dua qirâth?” Beliau menjawab “Seperti dua gunung yang besar.” Riwayat Bukhari & Muslim


Sangat besar ganjarannya kalau kita boleh visualize dan feel dalam hati..Nak daki gunung pun semput kerana tinggi dan luasnya landskap penciptaannya..apatah lagi mendapat pahala sebesar gunung..

Even untuk solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pun sukar kerana kekangan kewangan dan masa; walaupun tahu ganjarannya beratus ribu kali ganda..

Alhamdulillah juga, sempat solat jenazah untuk beliau..saya belajar solat jenazah yang ringkas di sini


Hidup ini tidak lama..Sepanjang talkin dibacakan, saya hanya dapat mendengar beberapa bait ayat sahaja..

Yang paling terkesan ialah bilamana ia sampai kepada: MATI itu PASTI..

Saya tidak menangis secara physically tetapi hati saya menangis..banyaknya dosa saya yang tidak terampun..

Banyak lagi tanggungjawab kepada Allah yang terabai..

Hak sesama manusia..

Hak sebagai khalifah Allah di bumi yang fana' ini..

Yang paling terdekat, hak kepada ibu-bapa dan kaum kerabat..

Sungguh, pemergian beliau meninggalkan kesan kepada diri saya..

Semoga kesan ini bertapak kukuh di jiwa saya, sehingga saya bertemu Teman saya yang Tertinggi dan ultimately, Allah yang Maha Tinggi!

 

 

Sunday, December 29, 2013

Hot Chocolate


Hari ini, ingin berkongsi beberapa dapatan dari cerpen Hot Chocolate karya Aku Bukan Suparmen.

Dapatan 1:

Orang yang tidak pernah mengetahui betapa gelapnya jahiliyah, tidak akan merasai betapa terangnya hidayah.

Sejujurnya, saya setuju dengan kata-kata di atas. 

"Erk, kalau macam tu, saya kena patah balik ke untuk merasai terangnya hidayah tu?"

"Aiseh, no need lah."

"Pandanglah mereka yang ketika silamya gelap tetapi kini gemilang terbilang sebagai sumber inspirasi dan bukti kekuasaan Allah S.W.T"

"Selalulah duduk bersama mereka dan bertukar-tukar pandangan agar kita sebagai da'ie lebih empathy/ memahami dan berupaya meletakkan diri dalam kasut yang sama dengan mereka. Lebih mudah insha-Allah untuk approach adik2 yang ingin dijadikan mad'u. Hehe"

Dapatan 2:

Pastikan amal yang basic sentiasa tip top. Contoh: Jangan bedal Hot Choco tanpa izin tuan seperti cerita di atas hehe

Mas'ulah pernah bagi pandangan, "Orang umum yang biasa selalunya benar dalam menentukan salah/benar perkara yang melibatkan common sense". Eh??

Common sense????

Ramai yang tahu dan ramai juga yang tidak tahu.

Sebab tu kena bercampur dengan masyarakat umum. Hehe

"Sesungguhnya seorang Muslim, jika ia bergaul dengan manusia dan bersabar atas gangguan mereka adalah lebih baik daripada seorang Muslim yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas gangguan mereka" (HR Tirmimdzi)

Sebagai dai'e, ( erk) kadang-kadang kita sendiripun ada silapnya.

Contoh: "Alina, awak dah bayar bil Astro? Orang Astro dah call ni". 

Alamak!!

Kan dah menyusahkan orang tu kawan oii! Dush2

Makanya, pengurusan diri dari segi masa, kewangan dan urusan dunia yang lain perlulah sentiasa diperbaiki. 

Untuk apa????

Sudah tentu untuk pengurangan masalah di masa akan datang yang lebih optimum.

Sudah tentu juga Allah sayang lebih, sebab Dia suka orang Mukmin yang memberi manfaat kepada orang lain.

Eh?

Yelah, memudahkan urusan orang lain..Tak gitu.

Dapatan 3:

Dai'e kena tactful sikit.
Huh?

*Cari dekat Mr. Google eh nanti*

Seperti Azzam, yang bijak menggunakan peluang yang ada untuk memancing si mad'u iaitu Raed berkenaan Hot Chocolate.

Dan sudah tentunya, strategi ini tidak akan menjadi tanpa kekuatan dalam seorang Raed, yang tidak sanggup membayangkan tubuhnya diratah api neraka di akhirat kelak lantaran tidak mendapat  signal 'OK' atas Hot Chocolate yang dibedalnya!!

Ultimatenya, Allah jualah yang berkehendak untuk si Raed ni menjadi orang yang terpilih untuk menerima hidayah-Nya. Subhanallah!!!

Sebabnya, untuk beroleh hidayah Allah ada dua syarat:

1. Orang itu berkehendak dengan berusaha sehabis daya di samping berdoa

2. Allah Berkehendak memberi hidayah-Nya kepada hamba-Nya yang dikehendaki

Untuk ulasan lanjut, nantikan post yang akan datang insha-Allah. Senyum selalu..

Baca: Dulu dekat UK, selalu minum Hot Chocolate hehe.



Sunday, July 8, 2012

Usaha Perlu kreatif

Hamdalah

Tersedar dari lena yang panjang. Jadi perlu mula bergerak kerana pemuda yang banyak masa kosong tanpa pengisian, akan dibunuh oleh statiknya mobiliti pemuda itu.

Dalam memantapkan jati diri agar konsisten, usaha perlulah kreatif. Ketika saya berada di Masjid Nabawi 2011 yang lalu, saya telahpun menapak ke perkarangan masjid seawal jam 6 ptg hanya kerana ingin merebut saf hadapan ataupun setidak2nya tidak perlu solat di luar bangunan masjid. Sekiranya masa yang panjang tidak diisi dengan sebarang pengisian y kreatif, saya sendiri memang akan bosan menunggu masuknya waktu solat.

Paling membimbangkan ialah waktu antara maghrib dan isyak di mana cabaran semakin sulit. Biasanya usai solat asar, saya dan kumpulan saya punya aktiviti sendiri; mendaki Jabal Nur & Jabal Tsur, ziarah perkuburan Baqi' dsb.

Apa yang saya buat ialah:
-Perbanyakkan membaca Al-Quran, paling elok khatam 1 Al-Quran, jika mengantuk
-Bangun solat sunat; Taubat, Rawatib, Hajat dan y bersesuaian @
-Berzikir

Akhir2 ini, saya juga sedar saya tidak lagi gemar majlis ilmu yang sarat dengan fakta seperti lecture. Jadi, saya melabur dalam pembelian novel2 ilmiah spt. karangan Fatimah Syarha dan Hilal Asyraf contohnya. Diksi dan tahap kefahaman y diperlukan sekufu dengan peringkat saya sebagai belia yang suka memberontak jiwanya.

Dan sebagai manusia Muslim, saya juga sedar saya perlu mempersiapkn diri saya mendepani cabaran dunia y fana' ini. Pastikan:
-Solat fardhu 5 waktu setiap kali masuk waktu solat
-Perbanyakkn solat sunat bagi mengukuhkan iman di hati dan amalan2 yang lain.

Teringat pesanan Kak Syidah, 'kalau futur sekalipun, jangan sampai solat fardhu tergadai'.

Sekarang saya berada di rumah yan mana saya kira adalah zon selesa saya. Jadi, saya perlu keluar untuk menyelamatkan agama saya dengan aktiviti2 bermanfaat utk Islam. Insya-Allah. Semoga Allah sentiasa melimpahkan belas kasihan-Nya pada saya!





Saturday, October 22, 2011

Ignorance is Not a Bliss

Hari ni saya kehilangan dua orang penting dalam hidup saya.. Seakan2 separuh dari support system saya tiada. Sejujurnya, mungkin tiada langsung. Tapi,

Saya kena menghargai mereka yang berada di sekeliling saya. Illiyyin, Atikah dan adik2 yang mengharapkan support dari saya.

'Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah sebaik baik perancang. Semoga Allah memberikan kesabaran kpd kita.'


'Takpelah. Kita tak tau ini rahmat atau musibah. Bersangka baik sahaja dengan Allah, mudah mudahan ada kebaikannya.'
Jazakumullahu khairan untuk kedua2 nasihat ini.

Saya terlupa

Untuk bersangka baik dengan Allah

Saya juga terlupa Allah adalah sebaik2 Perancang. Walaupun saya juga merancang, dalam masa yang sama Allah juga merancang sesuatu buat saya. Dan sudah tentunya yang terbaik di pandangan-Nya buat agama saya dunia dan akhirat insya-Allah

Support system sangat penting. Rupa-rupanya saya kuat kerana saya ada Allah yang Maha Luas kasih-sayangNya

Saya sangat kuat kerana saya ada kawan2 yang setia ketika di SK Serom 5

Saya sangat tabah dan tidak gentar kerana saya ada kawan2 yang setia dan memahami ketika di SM Sains Kota Tinggi

Dan sekarang, saya perlu kuat walaupun support system saya goyah

Kerana saya perlu kuat untuk orang2 di sekeliling saya

Dan sudah tentu semata2 kerana Allah


Friday, September 30, 2011

Renew

Some of the quotes of the year:

" Excellent person is motivated by the desire to achieve not to beat others"

"Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal" (Ali Imran :159)

Moga Allah permudahkan urusan!



Saturday, July 9, 2011

Back to My Feet


Alhamdulillah, coming back to my beloved Malaysia after my-two-years-of-not-going-back in Sheffield, UK.

The moment the plane did touch the soil of Malaysia (in which KLIA in particular), I was already teary and overwhelmed as Allah had blessed the journey and here I am safely arrived, in tact back in Malaysia! ;D

And it was an exciting experience; travelling alone from Sheffield- Manchester Airport-Dubai-KLIA; I will never ever forget this kind of experience!

When I stepped my feet out from the Arrival Gate, I saw my family as they excitedly waved their hands to notify me 'Hey, we were here', I bow my head to kiss my mother's hands before her cheeks and she got tears in her eyes. I said to her in a calm tone; 'Janganlah nangis mak' as I hugged her and then I moved to my father and my along repeating the same manner as I did with my mother :)

***

I wanted to have a CDL (Competent Driving License) but I need to take KPP's class and got LDL and PDL first. And gladly to say, I have had my L license few days ago =D Alhamdulillah, thank you Allah! And now, I am working on getting my P license then voila to the world of driving with competent license and get a job for a better myself in the future if Allah wills it :)

Driving classes were so full of lessons! I met new people with various background and different upbringings; made me wonder and thought of a lotTT of things.

Lesson 1

On the very first day towards CDL, I need to register myself first in the counter. I unintentionally overheard the conversation between these guys.

Kakak on the counter: Adik, you have to pay RM 10 for the KPP's book.

Guy A: Adik, did u bring money?

Guy B: Abang, I havent received my salary yet. (Belum abang, saya belum dapat gaji lagi)

Upon hearing this, I got teary and so touched; I caught his figure at one glance; yes he did come from a so-so family I must say. Neither did I come from a wealthy family and I wasn't shamed about this. I guessed he was just completed his SPM and was up for motorcycle's licence. I learnt a lot from this guy and then I continued my steps to the allocated class.

In the class, I've seen many faces and surprisingly they have surprisingly like-able attitudes. I met new friends irrespective of our age's difference, and I pondered about a lot of things when I was back in Sheffield, doing my second and third academical year.

During KPP's class which consumed 5 hours time, tears kept welled in my eyes but I managed to hold them back without running down my cheeks =D I really hoped I did learnt the lessons well!

Indeed, I agreed with the saying, ' Best thing in disguise'. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. I will not repeat the same mistakes insya-Allah, my new resolution for the next semester of my studying.

Alina, let's planning for a better future ok! I love you! And again all in all, thank you so much Allah for the Guidance and for Your Ears! Please do bless my not-yet-chosen path!

Di sebalik semua kekurangan dan kehinaan diri, aku ingin katakan:

Aku ingin belajar keranamu Allah!


Tuesday, June 28, 2011

Mari Bermula Sekali Lagi

Sedang menaip CV, sambil membalas post di dinding facebook. Tiba-tiba tersentak dan subhanallah! Sangat-sangatlah benar! Terbaca post seseorang di News Feed kira2 30 minit yang lalu:

Dan apabila Allah menghendakimu sesuatu perkara, Dia akan menyediakan jiwamu untuk itu (Ibnu Jauzi)


Alhamdulillah faham. Tapi, semuanya berpunca dari kesilapan diri juga. Tidak boleh menyerahkan 100% pada ketiadaan rezeki.


Lessons learnt, not lessons lost (the chemical engineer, issue 838, April 2011)

Jadi, izinkan aku bersandar pada-Mu ye!

Mari bermula sekali lagi? :)

Sunday, June 26, 2011

Tahan Lisanmu Itu

Pagi semalam, riuh-rendah di dapur dengan suara kami dua- beradik walaupun sebenarnya anak-anak kepada En. Mohd Adeni dan Pn. Solimah adalah berjumlah 5 orang :)

Dan semalam adik lelaki bongsu selepas Subuh, meneruskan pelayarannya di alam mimpi. Seperti biasa kakak-kakak yang kononnya prihatin membebel dari dapur. Berasaplah telinga si adik tadi..

Tapi, bila muhasabah kembali, hendak menegur kena berhikmah :)


Walaupun adik bongsu mungkin hanya di Tingkatan 3, tapi mereka yang lebih tua perlu juga beradab dalam menegur. Membebel tidak tentu arahpun hanya membazir air liur dan memekakkan telinga mereka yang mendengarnya.

Dan kalaulah diri diletakkan ditempat adik, mahu mengamuk sebab tiada respect langsung! Walaupun kakak sendiri.

Ingatlah adikpun ada hati dan perasaan. Ada rasa malu dan ada ego tersendiri. Adik ataupun kakak, muda mahupun tua, kita adalah sama; manusia yang Allah jadikan punya hati dan perasaan.

Jadi, ingin menyentuh hati-hati family tersayangpun kena ada marhalah Dakwah Fardhiahnya.

Bersesuaian dengan firman Allah SWT., “Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS. Ali-Imran : 159).

Al-Quran telah memberikan penyelesaian. Indahkan Islam ;)

Saturday, June 4, 2011

Hakikat Bahagia


Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Sungguh, bukankah Tuhan telah berfirman ketahuilah dengan mengingati Allah jiwakan menjadi tenang


Seindah Biasa


Saat hilang arah tujuan..

Kau tahu ke mana berjalan :)

Terima kasih ya Allah! Please, never get tired of educating (tarbiyyah) me!

Friday, June 3, 2011

Manusia


(Sebenarnya saya taknak tulis di blog, tapi hati berat untuk share. Yang baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan ya. Oh lagu di atas tiada kaitanpun; favourite halwa telinga)

Hati tak tenang usai exam..mungkin lantaran menyelak kembali lembaran2 silam;diapi2kan lagi oleh bisikan nafsu dan syaitan..

Mathurat dan ayat hafalan mengubat hati yang gundah..

Harapnya mereka yang saya sayang sihat2 dan bahagia jiwanya..seperti yang Allah sebut; hati yang sejahtera (qalbun saleem)

Pagi ni sekali lagi hati saya sedih, di mana silapnya? Saya rasa bersemangat nak study tapi jiwa terasa sesak..

Quran tafsir dicapai, lantas ayat2 cinta menghamburkan kekuatan super hebat:

(9:72) Allah has promised the believers-men and women,-Gardens under which rivers flow to dwell therein forever, and beautiful mansions in Gardens of 'Adn (Eden Paradise). But the greatest bliss is the Good Pleasure of Allah. That is supreme success.

Lembaran demi lembaran diselak, seolah2 Dia sedang berkata2:

(10:107) And if Allah touches you with harm, there is none who can remove it but He, and if He intends any good for you, there is none who can repel His Favour which He causes it to reach whomsoever of His slaves He wills. And He is the Oft-Forgiving, the Most Merciful

Dalam teresak2, Dia yang sangat Sweet itu berkata lagi dengan lembut seakan2 memujuk:

(13:21) And those who join that which Allah has commanded to be joined (i.e. they are good to their relatives and do not sever the bond of kinship), and fear their Lord, and dread the terrible reckoning (i.e. abstain from all kinds of sins and evil deeds which Allah has forbidden and perform all kinds of good deeds which Allah has ordained)

(13:22) And those who remain patient, seeking their Lord's Countenance, perform As-Salat (Iqamat-as-salat), and spend out of that which We have bestowed on them, secretly and openly, and repel evil with good, for such there is a good end.

(13:23) 'Adn (Eden) Paradise (everlasting Gardens), which they shall enter and (also) those who acted righteously from among their fathers, and their wives, and their offspring. And angels shall enter to them from every gate (saying):

(13:24) "Salamun 'Alaikum (peace upon you) for you persevered in patience! Excellent indeed is the final home!"

Dan hujanpun semakin lebat turun..Tapi dalam basah lencun tu, saya mengangguk faham dan mengucapkan 'ya, faham' sambil menangis seperti budak2

Saya tahu dan mungkin faham sikit, belum faqih lagi tapi saya juga tahu saya ni rebellious =D Nak fahampun kena bersabarkan?

Dan seorang sahabat pernah cakap bila saya tanya, macam mana dia je boleh dapat result macam ni? (Masa tu tengah buat experiment & saya punyalah kelam-kabut nak siapkan lab tanpa fahamkan betul2 the right concept and method to conduct the lab =( )

Dan dia menjawab, perseverance! (Sampai sekarang saya ingat! Itupun tak faham lagi hakikat perseverance tu..Rasanya kena masuk kelas bahasa ni, makna perseverancepun tak faham lagi!

Rupanya, saya masih tak faham hakikat sabar dan tabah dalam berusaha memaknakan hidup saya sendiri terutamanya dalam ertikata seorang Muslim =s

Owh, translation verses tu dari Quran tafsir saya freshly bought from Madinah tercinta! Subhanallah, I love English language as it provides accurate meanings; variety of vocabulary being used here. Masya-Allah!

Agak sedih jugak sebenarnya bila teringat Quran tafsir lama, dibawa lari monyet semasa mendaki Jabal Tsur di Mekah tapi Allah beri yang lebih baik after that! Alhamdulillah, indeed best thing in disguise, baiknya Allah!

p/s: Exam, infopack, exam, infopack..

Wednesday, May 18, 2011

Go Alina!


Insya-Allah, ada jalannya :) Because Allah is always by my side and your side too!

Sunday, May 15, 2011

Dia Memanggil Kita


Saya rindu untuk menjadi tetamu Allah lagi. Pabila mengucap lafaz talbiah ketika bergerak dari Miqat untuk menunaikan umrah, hati begitu sayu..

Dia yang Maha Besar itu memanggil kita..Bayangkan, siapalah kita untuk Dia pandang..Dia bisa saja melenyapkan manusia yang tidah patuh padanya dan menggantikan kita dengan umat lain yang akan taat pada-Nya..

Dan maksud lafaz talbiah itu sendiri bila difahamkan maknanya sungguh menggugah jiwa..

Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.

"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

Dan ketika ingin melakukan tawaf sebagai salah satu perkara wajib dalam umrah, kita akan menuju ke hajar al aswad untuk memulakan tawaf. Ketika inilah kita akan membaca doa yang bermaksud:

"Ya Allah kerana keimanan kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, menunaikan janji-Mu dan menurut sunnah nabi-Mu ku melakukan amalan ini."

Ketika saya membaca doa ini berulang-kali, ia menjawab kegusaran hati saya dan segala bisikan2 yang hadir yang mengasak dengan persoalan: kenapa kau pusing keliling benda kotak ni Alina? Kenapa kau buat umrah ni Alina? Kenapa kau bersusah-payah datang sini, buat habis duit je. Dengan panas- terik ni kenapa kau datang jauh2 ni Alina?

Dan hati saya berbisik: Saya mencari cinta Allah. Dalam kelam dunia ni, saya tak boleh hidup tanpa cinta Allah. Saya nak doa banyak2 untuk minta jatuh cinta dengan Dia. Saya nak masuk syurga tertinggi dan melihat wajah-Nya tanpa hijab. Dan itu adalah kejayaan terbesar seorang mukmin.

"Dan dikatakan kepada Muttaquun, masuklah ke dalam syurga di mana di dalamnya terdapat ketenangan dan kesejahteraan."

"Dan Kami akan menghilangkan dari dada mereka any deep feeling of bitterness ( that they may have). (So they will be like brothers) facing each other on the throne. "

"No sense of fatigue shall touch them, nor shall they ever be asked to leave it."( AlHijr: 45-48)

Jom kawan2! Kita berusaha ya untuk dapat syurga tertinggi tu so that kita boleh duduk bersama2 dalam tingkatan syurga yang sama dengan Rasulullah SAW dan para sahabat!

Dan ketika menunaikan sai'e dari dua bukit Safa dan Marwah, sekali lagi Allah yang Maha Baik itu menyentuh hati hamba-Nya dengan lembut di dalam doa sewaktu sai'e ke-4. Antara maksudnya:

" Maha Suci Engkau ya Allah, sesungguhnya kami tidak menunaikan ibadah kepada Engkau sebagaimana yang sewajarnya. Maha Suci Engkau ya Allah, kami tidak menyebutkan nama-Mu sebagaimana yang selayaknya dengan kebesaran-Mu."

Menitik airmata tatkala melafazkan doa ni. Dengan penuh kesedaran ya Allah, ya amal ibadahku tidak sempurna tapi Kau masih menerima aku sebagai tetamu-Mu. Subhanallah, baiknya Engkau!

Dan ketika membuka kembali buku 'Teman Tetamu Allah Panduan Umrah & Ziarah' kembali, airmata saya menitik lagi terkenangkan Madinah & Mekah..

Untuk itu, kawan2 saudara seakidah saya yang dirahmati Allah, Ramadhan ni insya-Allah kami saudara seakidah kamu dari Isma Eropah akan menganjurkan Program Umrah Ramadhan bermula dari 8- 18 Ogos 2011. Program ini adalah kerjasama bersama2 dengan Isma Mesir. Insya-Allah promo dan harga pakej akan dipaparkan sedikit masa lagi; boleh ikuti perkembangannya di laman web pihak kami www.ismaeropah.com.

Kelebihan Umrah dalam bulan Ramadan:

Rasulullah saw hanya sempat mengerjakan sekali Haji sahaja di dalam hidup Baginda saw. Haji dalam tahun 9 Hijrah ini (setahun sebelum Nabi saw wafat) dikenali sebagai “Haji Perpisahan” dikerjakan bersama 140,000 umat Islam, sekaligus menjadi pedoman ibadah Haji umat Islam sehingga akhir zaman. Sebahagian sahabat yang tidak mampu tidak dapat membawa isteri mereka turut serta. Dalam kesedihan isteri-isteri mereka menyampaikan salam kepada Rasulullah saw melalui suami-suami mereka sebelum Bagin da saw berangkat dari Madinah ke Mekah. Setelah menjawab salam mereka, Baginda saw bersabda bermaksud, “Sampaikan kepada mereka (isteri-isteri Sahabat) bahawa (mengerjakan) Umrah dalam bulan Ramadan menyamai (pahalanya dengan mengerjakan) Haji bersama aku”. Alangkah besarnya pahala mengerjakan Umrah dalam bulan Ramadan.


Let's make intention brothers and sisters! Semoga Allah menerima kita sebagai tetamu-Nya insya-Allah


Always You


Allah, You breath life into my heart.. Thank you so much! It's always You.


Saturday, May 14, 2011

Tersedar


Tatkala diri lemah, teringat the old me yang selalu bersolat sunat sambil baca Quran dengan maknanya..

Rupa-rupanya, diri selalu mencari kekuatan bukan pada yang hak..

Dan sungguh benar, tadabbur Quran itu sangat2 memberi segunung kekuatan bahkan mungkin lebih besar lagi.Subhanallah!

Sungguh, cinta sejati itu hanyalah Allah..

Sungguh, pemilik kekuatan hakiki itu hanyalah Allah!

'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.."

Cukuplah Allah bagiku, cukuplah Allah bagiku, cukuplah Allah bagiku..

Dan berdampingan dengan orang yang soleh juga sangat membantu. Kerana utuhnya hubungan mereka dengan Allah, memberi impak kepada sesiapa yang berada di sekeliling mereka. Subhanallah!

Dan juga, kita selalu mengaku lemah tetapi kita tidak meminta dengan bersungguh2 dari-Nya. Bahkan, kita mencari ketenangan dengan melayan movie yang sia2 dan yang sewaktu dengannya. Dengan penuh kesedaran ya Allah, tidak membantuku walau sedikitpun!

Aku nampak jalan keluarnya ya Allah. Lembutkan hatiku, lenturkan egoku dan tundukkan nafsuku agar lapang dadaku dan lancar bicaraku untuk menggamit hati-hati mereka yang aku sayang untuk semakin taat pada-Mu!

Alhamdulillah alhamdulilah alhamdulillah



Thursday, May 12, 2011

I BELIEVE WE CAN FLY


Bismillah

Permudahkan ya Allah jangan Kau susahkan..Tinggal beberapa hari lagi, this is that one moment in time that I've been asked for, I can't let it being wasted just like that. Go Alina, use your monthly allowance wisely and with care as it's a symbol of trust from people..

Insya-Allah, I can do this!! I'll make it and I'm gonna make it through the rain, all the hassles and bustles through thick and thin. Everytime I'm afraid I will hold tighter to my faith and I'll make it through the rain.

Mari berjuang! Doakan saya ya!

Tuesday, May 10, 2011

Masih Manusia

Beberapa hari ni terasa payah sedikit..

Sebab terpaksa membiasakan diri dengan mathurat Sughra yang perlu dibaca 3 kali on certain parts. Sebenarnya, sebelum ini saya baca sekali saja tapi nak lazimkan diri supaya baca 3 kali.( nak amal ibadah yang sahih dalam 10 muwasafat tarbiyah tu iA) ; sekejap terlupa baca dah berapa kali, sekejap lagi terskip2 sebab tak tengok hardcopy

Masih bergelut dengan content yang perlu diletak dalam Publisher but all in all saya insya-Allah boleh keep up dengan Publisher.Alhamdulillah, Pengarah dan komiti sila bersabar ya!~

6 Subjek perlu direvise sehabis baik bak kata Ir Roesli dalam program Self-Motivation in Islamic Ways, sampai TAK ADA BENDA LAGI UNTUK DIBACA!Insya-Allah

Sedang bermujahadah untuk menghadam SYAHADATUL HAQ, FIQH LUAR NEGARA dan mengkhatamkan Juzu' 30 serta melengkapkan Al-Qalam. Allah permudahkan ya!

Sedang bermujahadah juga untuk tidak pergi ke TESCO; dekat Malaysia memang tak pernah pergi dekat sini pada tahun ketiga ini, selalu pergi. Tak terdaya nak pergi Sainsbury yang jauh tu :( Susahnya nak berkorbankan Alina?

p/s: masih manusia rupanya, yang Allah sebut suka berkeluh-kesah tu. .

Monday, May 9, 2011

Positif!

Alhamdulillah selesai Transport Test pagi tadi.Thank you Dr Wilkinson; because of the test I managed to speed up my revision rate.Event though I only did the fourth question, it was worth 20 marks plus I remembered the derivation.Alhamdulillah

Teringat kata-kata murobbi saya, tsabat itu perlukan mujahadah yang sangat besar Alina

Insya-Allah, akan saya ingat sampai bila-bila.

Tak mahu jadi pemuda yang statik masa kosongnya. Sebab pepatah Arab mengatakan air yang statik akan merosakkan air tersebut, pemuda yang tidak dinamik (banyak masa kosong) akan dibunuh oleh masa kosong itu.

Jom bergerak! Walaupun payah, walaupun mungkin keseorangan, walaupun banyak kelemahan tak mengapa! Mari berubah dan bergerak menjadi agen perubahan, insya-Allah!

Kerana takdir itu di hujung usaha

Saturday, April 16, 2011

20 Sen Saya


Rupa-rupanya untuk menjadi baik;soleh bukan senang. Wajib memaksa diri untuk tinggalkan maksiat dan buat perkara ma'ruf..

Jadi memang terbuktilah, mujahadah itu adalah mahar syurga kita di sana; akhirat yang kekal abadi..

Semalam singgah sebentar di Filey bertemu sahabat tercinta di samping adik2 tersayang. Topik yang hangat dibicarakan semestinyalah bab2 cinta :)

Betapa parahnya kita sekarang ni kerana begitu disibukkan dengan masalah2 perasaan ni. Dan saya juga memang pernah tersungkur di sini; dan alhamdulillah Allah masih sayangkan saya dihadirkannya 'rasa' sensitif dengan dosa2 yang kabur; walaupun tidak pernah bercouple dan yang seumpama dengannya. Hanya berlegar di hati lantaran fitrah namun mampu membaham diri andai diri dibiarkan hanyut dengan mainan perasaan..

Saya sangat2 berharap dan berdoa moga para pemuda pemudi di luar sana dapat terus tegar mempertahankan prinsip serta ajaran Islam yang telah kita semua maklum.

Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing. Janganlah kerana kamu bersendirian dalam mempertahankan apa yang kamu faham, menyebabkan kamu menjadi flexible seperti lalang; go with the flow untuk diterima umum. Perlu jelas di sini untuk apa kita hidup di dunia ni. Murnikan niat, jelaskan matlamat.

Sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan Semesta Alam..

Saya juga belajar, ilmu itu datang dengan tanggungjawab. Kawan2, saya juga manusia biasa.. Tersilap juga dalam berkata2 dan tingkah-laku. Suka untuk saya menegur dengan mendahulukan diri saya sendiri, barulah diikuti dengan mereka yang saya sayangi..Berlainan pula dalam bab mendoakan seseorang; kita digalakkan untuk mendahulukan orang lain kemudian barulah diri kita sendiri..

Cinta itu sesuatu yang suci. Why not kita mulakan dengan mencari cinta Ilahi, kerana itulah konsep yang terbaik insya-Allah..Matlamat hidup kita, irrespective of whatever things we've done is to seek for His Blessing. Even dalam bercinta/ mencari pasangan pon perlu jelas matlamatnya; which is to acquire His Blessing and Love..

Dan saya menyedari, one-sided love is not gonna happen unless the other party agree to it. Cinta/ Jatuh cinta itu tidak salah. Ia adalah fitrah sebagai manusia. Cumanya saya ( manusia) dan kamu yang saya sayang telah memandu cinta itu ke halatuju yang salah.

Mengambil kaedah mencegah itu lebih baik dari merawat, saya mengambil keputusan untuk tidak jatuh cinta dengan mana2 hamba Allah untuk menjaga hati. Sebab apa? Sebab saya tidak bersedia lagi nak berkahwin; habis belajar pon lambat lagi. Itu decision saya. Dan saya sarankan untuk adik2 yang saya sayang di luar sana..

Peringatan untuk saya juga, kurangkanlah untuk berfikir/bercakap tentang si dia yang kamu minat. Ia akan menggugah hubungan kamu dengan Allah; takut cinta itu lebih tinggi maqamnya dari cinta kita pada Allah..Na'uzubillah..

Mungkin kita boleh menafikan tapi tanya diri kamu balik, periksa niat kamu kembali. Sebagai contoh, pergi ke talk dsb dengan niat oh nanti si dia akan nampak kita @ nak lihat si dia sahaja.. Niat dah tak murni di situ; bukan lagi kerana Allah..

Juga tidak saya nafikan, diri saya ( perempuan) serta sisters2 yang lain perlu kuat dan tegar menghadapi cabaran2 dari hamba2 Allah yang approach ni. Jikalau memang tidak bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat, put aside this kind of thing first. Sisters, fitnah terbesar yang disebut dalam hadis Rasulullah itu salah satunya adalah kita sendiri. Adakah kita ni nak jadi faktor penghumban lelaki dan diri kita sendiri ke neraka?

Kalau betul sayang kita tu kerana Allah, mari solehahkan diri kita. Mari tundukkan pandangan; cepat2 beristighfar bila hati sibuk berbisik baiknya si dia dsb. Rasa itu tidak halal untuk kita nikmati manisnya. Bersabarlah..

Insya-Allah, mawaddah dan rahmah itu akan Allah campakkan untuk kamu semua jika kamu menjaga kesucian cinta kamu ( termasuk saya). Akan Allah buktikan bila kita berkahwin nanti. Perasaan itu akan membuak2, hasil dari menjaganya kita akan rasa cinta itu sendiri. Yakinlah dengan janji Allah perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik..

Jangan risau, kita tidak extreme ^^ Singkap kembali sirah Rasul dan kisah para sahabat, bagaimana mereka berurusan sesama lelaki dan wanita. Akan kamu temui jawapannya..

Semoga kita semua diberi kekuatan berlipat kali ganda untuk berpegang pada syara' dan sentiasa sabar dalam melawan hawa nafsu. Ingatlah pada hari di mana Allah akan mengabulkan keinginan nafsu kita; yang telah kita tahan di dunia pabila di akhirat kelak. Inilah masanya untuk kita buktikan keyakinan kita pada janji Allah. Semoga kamu2 yang saya sayang semakin solehah dan kuat, moga kita saling tegur-menegur sebab Islam itu sendiri adalah nasihat..

Allah knows best