Monday, March 8, 2010

Nak Jatuh Cinta Hanya Pada Dia

Bismillah..

(nak tulis dalam BM boleh?)

MAULIDUR RASUL

By the way,sabtu lepas ke sambutan Maulidur Rasul anjuran PPMS (Persatuan Pelajar Malaysia Sheffield).Dan rasa sangat-sangat tersentuh dan gembira sebab dapat sambut maulidur rasul officially (meaning ada majlis sambutan).Ya Allah,tahun depan nak ajak ramai-ramai lagi,kitakan hanya mengajak yang lain serahkan kepada Allah SWT.

Dan saya sangat sayang pada ahli rumah 5 Filey,sangat-sangat!Mungkin kita tidak sama (faham sendiri kot~) tapi alhamdulillah Allah lahirkan rasa sayang dalam hati.

Sangat sedih bila ustaz baca ayat ni:

"Katakanlah (Muhammad),sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutilah aku.Nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu.Allah Maha Pengampun Maha Penyayang". (Al-Imran:31)

Kalau baca sehabis lalu sahaja mungkin tidak akan terkesan dengan ayat ni.But once you tadabbur ayat ni dan keep repeating the meaning then you'll realize yang Allah memberitahu pada kita how to obtain His Love.

"Sungguh telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah ". (Al-Ahzab:21)

PESAN BELIAU

Murobbi saya pernah berpesan lewat saya ber-YM dengan beliau.And satu pesan dia yang sampai sekarang saya rasa macam nak tampar-tampar muka sendiri was that:

"Alina,jatuh bangun sendiri ye".

Dan saya yang lampi masa tu tak terfikir apapun tapi terima je apa yang beliau cakap.And bila down,rasa macam terkena batang hidung sendiri.

And betapa ya Allah susah,payah and perit even hanya untuk wipe away your tears and say to yourself,BANGUN!

Dan hanya kerana saya selalu meminta kebenaran dari-Nya,He did showed me the truth beyond things that happened lately and these really struck me hard at heart.But realized,best thing in disguise and selalu lupa untuk betulkan niat bahawa hidup dan mati hanya untuk Allah SWT!


BEST THING IN DISGUISE

Saya selalu menginginkan sesuatu and be given by HIM benda yang saya tidak inginkan pun.But thats just the way He granted my prayer!I know that!

Saya did none of the above but I do the other way around.Get me?And I have to re-correct my paradigm and attitude.And teringat pada dua jenis attitude: 1) asasiah 2) islamiah

Saya nak inculcate attitude islamiah dalam diri!Mungkin akan di-isolate,dikata bosan even dipinggirkan and siap cakap alim-alim kucing I do not care even a bit!

Tapi alhamdulillah,kawan-kawan tidak meminggirkan malah menerima saya seadanya.Doa saya:

"Ya Allah kurniakan mereka kefahaman ye,tunjukkan yang haq sebagai yang haq dan yang batil itu sebagai batil.Faqqihkan kami semua ye ya Allah"

Saya sayang kamu semua.Moga kamu dapat rasa sayang saya,moga kita semua dapat berpimpinan tangan meraih cinta-Nya.Dan moga kasih sayang kita ini kerana Allah,bertemu dan berpisah kerana Allah,dan moga tergolong dalam golongan yang mendapat naungan nanti.Insya-Allah.

p/s: ingin cinta pada Rasulullah lebih dari apa yang saya ada di dunia! Allah,kuatkan saya yang lemah ini.

1 comment:

Anonymous said...

sama2 ye alina..