Wednesday, April 7, 2010

Mereka dan Kita

ERA SAHABAT RASULULLAH

Cerita 1:

Abdullah ibnu 'Umar al Faruq yang ketika itu masih kecil;membawa pedang yang lebih tinggi dari dirinya sendiri semata-mata ingin mengikuti Rasulullah SAW berperang.Tatkala dilihat oleh Baginda,

"Abdullah,balik"

Dan anak sahabat itu pulang ke rumah dan menangis!Menangis kerana tidak diizinkan ikut serta dalam peperangan!

Cerita 2:

Sepasang adik-beradik kembar yang juga anak sahabat,tatkala Rasulullah SAW memeriksa barisan tentera Islam menggunakan helah;yang seorang memanjat badan yang satu lagi supaya dilihat sama tinggi dengan tentera-tentera Islam yang lain.Dan dengan izin Allah mereka terlepas dari pandangan Baginda.

Tujuan mereka hanya satu:mencari Abu Jahal!

Abu Jahal ketika itu adalah seorang panglima tertinggi tentera Quraisy yang tentunya kita semua faham the weight that position bears.

Lalu mereka bertanya kepada Abdurrahman bin Auf yang ketika itu sedang berlawan dengan tentera Quraisy,

"Tunjukkan kepada kami di manakah Abu Jahal?"

Sahabat Rasulullah itu terkejut bagaimana sepasang kanak-kanak boleh berada di medan perang;pabila terlihat kesungguhan dua beradik itu menunjukkan kepada mereka figure Abu Jahal yang ketika itu sedang sibuk berperang dengan tentera Islam.

Dan subhanallah dengan izin Allah,Abu Jahal Panglima Tertinggi tentera Quraisy mati di tangan dua beradik ini!

Abdurrahman ketika itu bertanya kepada mereka,

"Adakah engkau tahu siapakah Abu Jahal itu?"

Dijawab oleh mereka,

"Kami tidak pernah berjumpa dengannya,yang kami tahu orang ini selalu menghina dan menyakiti Rasulullah SAW"

ERA MILLENNIUM

Penyakit cintakan dunia dan takut akan mati bernanah,berakar umbi dalam diri kita semua.Dan memang selayaknya Al-Quds tidak diamanahkan kepada kita,kepada saya,a Malaysian sebab terlalu lemah jati diri sebagai seorang Muslim!

Dan bila melihat cekal,tabahnya Palestinians berjuang mempertahankan Al-Quds merobek jiwa saya,merintih untuk menjadi sehebat mereka!

Dan untuk menggapai syurga Firdaus yang tertinggi memerlukan mahar yang cukup mahal,yang bukan hanya dengan tangisan tanpa praktikal,bahkan dengan jiwa yang sentiasa terus berhubung dengan-Nya,yang mencambahkan peribadi Muslim sejati!

IBRAH/PENGAJARAN

1) Rasa cinta pada Rasulullah tiada

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya aku merindui ikhwanku"

Sahabat bertanya,

"Bukankah kami ini ikhwanmu wahai Rasulullah SAW?"

Rasulullah SAW menjawab,

"Kamu adalah para sahabatku."

Sahabat bertanya,

"Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah menjawab,

"Mereka tidak pernah melihatku tetapi mereka berpegang teguh dengan ajaranku."

2) Terlalu menurut hawa nafsu.

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu-apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. "(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!” (Fushshilat: 30-32)

Para ulama' mengatakan,

'Nafsu itu seperti anak kecil yang menyusu,kalau tidak diceraikan,dia tidak akan berhenti menyusu'







1 comment:

joegrimjow said...

nak kalahkan iman budak2 dulu pun rasa tak mampu