Tuesday, February 24, 2009

Sebaik2 raja,sebaik2 tentera..


HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

10 Feb:Genap 91 Tahun..


Pada 10 Februari 2009 (Selasa) genaplah 91 tahun kemangkatan khalifah Islam yang ke-34, Sultan Abdul Hamid II. Walaupun baginda bukan Sultan bagi kerajaan Islam yang terakhir, namun baginda dianggap Khalifah terakhir kerana Khalifah yang dilantik selepas pemecatan beliau tidak lain hanyalah boneka dan tidak mempunyai kuasa.Siapakah sebenarnya Sultan Abdul Hamid ini?Baginda telah dilahirkan pada 21 September 1842 dan mangkat pada 10 Februari 1918. Baginda memerintah dari 31 ogos 1876 sehingga dipecat pada 27 April 1909.Negarawan Jerman, Otto von Bismarck yang terkenal sebagai Chanselor besi pernah berkata “jika kebijaksanaan ialah 100 gram, Abdul Hamid memiliki 90 gram, aku memiliki 5 gram dan 5 gram selebihnya dimiliki oleh pemimpin dan tokoh politik yang lain.”Begitu sekali negarawan ini menyanjung baginda. Apakah sumbangan baginda kepada umat Islam? Ketika baginda menaiki taKhta, kerajaan Turki Uthmaniah sedang bergelut dengan krisis dalaman yang parah serta ancaman kuasa barat seperti British dan Perancis. Barat menggelar kerajaan Turki sebagai The Sick Man of Europe (orang sakit Eropah). Ketika baginda menjadi khalifah, baginda sedar wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan Islam berdasarkan tempoh pemerintahan yang sangat singkat khalifah-khalifah yang sebelumnya. Pada ketika itu umur baginda baru 34 tahun.Pada suatu hari banker konglomerat Yahudi, Mizray Krusow dan pemimpin Zionis, Herzl telah datang dan menawarkan kepada Sultan Abdul Hamid II:

1. Membayar kesemua hutang kerajaan Daulah Uthmaniyah.
2. Membantu menguatkan angkatan tentera laut Daulah Uthmaniyah
3. Meminjamkan 35 juta wang emas lira Uthmaniyah tanpa bunga.


Sebagai balasannya, mereka mahukan:

1. Dibolehkan warga Yahudi untuk berziarah di Palestine pada bila-bila masa yang mereka inginkan dan selama mana yang mereka ingin berada di “tanah suci” itu.
2. Dibolehkan warga Yahudi mendirikan tempat tinggal berhapiran Jerusalem.

Baginda dengan tegasnya menolak mentah-mentah permintaan ini. Malah langsung tidak mahu berjumpa dengan mereka. Baginda hanya menghantar wakilnya untuk berjumpa dengan orang Yahudi itu.“Sampaikan kepada Yahudi yang tidak sopan itu bahawa hutang Uthmani bukanlah sebuah hal yang memalukan, Perancis juga memiliki hutang dan hutang tersebut tidak mempengaruhi negara itu. Jerusalem menjadi sebahagian dari tanah Muslim sejak Umar Bin Khattab membebaskan kota tersebut dan aku tidak akan pernah mahu menanggung beban sejarah memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan menghianati tanggungjawab dan kepercayaan dari kaumku. Silakan Yahudi itu menyimpan wang mereka, dan Uthmani tidak akan pernah mahu berlindung di sebalik benteng yang dibuat dari wang musuh-musuh Islam”.Namun Yahudi tidak menyerah kalah, pada tahun yang sama (1901), pengasas gerakan Zionisme, Theodore Hertzl sekali lagi mengunjungi Istanbul untuk bertemu dengan Sultan Abdul Hamid II. Sekali lagi baginda menolak untuk berjumpa. Baginda hanya mengutuskan Perdana Menteri.“Sampaikan kepada Dr. Hertzl untuk tidak mengambil langkah lebih jauh lagi dalam projeknya ini. Aku tidak akan memberikan sejengkal pun tanah dari wilayah Palestine kerana memang tanah ini bukan milikku, tanah ini milik Daulah Islam. Daulah Islam yang telah mengobarkan jihadnya demi untuk penggabungan wilayah ini, dan mereka telah mengaliri tanah ini dengan darah mereka. Silakan Yahudi menyimpan kembali wang mereka. Jika khalifah Islam suatu hari nanti berhasil dihancurkan, mereka boleh mengambil tanah Palestin dengan percuma. Tapi selama aku masih hidup, aku lebih memilih menusukkan pedang ke dalam tubuhku daripada harus melihat tanah Palestine dipotong dan dilepaskan dari Khilafah Islam. Ini adalah suatu hal yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai memotong tubuh sendiri sementara ia masih hidup”.Sejak daripada itu Yahudi mula berpakat dengan Inggeris untuk menjatuhkan kerajaan Islam dan merampas tanah Palestine. Namun benar kata baginda ia tidak berlaku sementara baginda masih hidup. Baginda sedar hanya kesatuan ummah yang akan berjaya menyelamatkan Islam. Baginda membina landasan keretapi Hijaz. Jaringan itu terbentang dari Damaskus ke Madinah dan dari Aqaba ke Maan (India). Banyak sarjana dari Indonesia, Afrika, dan India dibawa ke Turki untuk projek-projek pembangunan institusi pendidikan dan pembangunan masjid-masjid di seluruh wilayah Daulah.Dakwah Sultan Abdul Hamid II turut sampai ke tanah Melayu. Namanya sering disebut dalam bacaan doa sewaktu kerajaan Islam berada dalam keadaan retak menanti belah. Baginda menghantar Muhammad Kamil Bey sebagai duta Pan Islamism ke kepulauan Melayu. Malangnya nasib Muhammad Kamil Bey tidak begitu baik kerana beliau dijatuhkan hukuman gantung di Mnyamar oleh British kerana dakwaan cuba mengancam kuasa koloni.Seruan Pan Islamism turut sampai ke negeri Jepun. Maharaja Jepun, Mutsuhito Meiji (1867-1912) telah menghantar jemputan kepada Sultan Abdul Hamid agar mengutuskan mubaligh Islam ke Jepun. Maharaja Mutuhito itu menulis:“Kita berdua adalah maharaja empayar Timur. Adalah menjadi kemahuan dan keperluan masyarakat kita untuk saling mengenal dan berhubung baik. Aku melihat kuasa koloni Barat menghantar pendakwah-pendakwah mereka ke tanah airku, tetapi aku tidak bertemu dengan mubaligh agamamu, Islam. Hantarlah mereka ke tanah air ini agar pelajaran agamamu dapat membina hubungan moral antara engkau dan aku.”

*Semoga Allah memasukkan baginda ke dalam syurga. Al Fatihah.
Sumber:Blog ISMA Kedah

Khaulah Al Azwar

KHAULAH binti Al-Azwar adalah wira wanita yang menyertai Perang Ajnadin ke Syam di bawah pimpinan Panglima Khalid bin Walid ketika zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar. Dalam peperangan hebat itu, tentera Islam dengan gigih menyerbu Ajnadin dari arah Palestin. Pasukan Romawi pimpinan Teodore dari sebelah utara Syam pula berusaha menghalang kemaraan pasukan Arab. Dalam peperangan itu, Dhiraar bin Al-Azwar, pahlawan perang yang terkenal dengan keberanian sehebat seribu perajurit ditawan pasukan Romawi. Keadaan itu menyebabkan Khalid begitu marah dan memerintahkan pasukannya membebaskan Dhiraar. Dalam gelora perang itu, pasukan Romawi tiba-tiba dikejutkan seorang perajurit Islam bertopeng yang bertempur bermati-matian menewaskan beberapa perajurit Romawi. Keberanian perajurit bertopeng itu begitu mengagumkan. Panglima Khalid sendiri berasa hairan. Siapakah perajurit bertopeng itu? Ketika ditanya, perajurit bertopeng itu mengelak tetapi Khalid terus mendesak. Akhirnya, rahsia terbongkar. “Wahai panglima, aku tidak mengelak darimu kecuali kerana rasa malu terhadapmu. Anda seorang panglima besar, sedangkan aku wanita. Tetapi, aku terpaksa melakukan ini kerana hatiku sakit dan marah. “Aku adalah Khaulah binti Al Azwar. Aku sedang bersama wanita kaumku. Kemudian datang orang memberi khabar bahawa saudaraku Dhiraar ditawan, maka aku pun menaiki kuda dan melakukan apa yang anda lihat ini.” Khalid sedih bercampur hairan, mengapa wanita sanggup keluar ikut berjihad dengan gigih untuk menyelamatkan tawanan perang. Sejak itu, Panglima Khalid bersumpah menyelamatkan Dhiraar. Peperangan terus berkecamuk dan akhirnya, kemenangan berpihak kepada pasukan Arab. Dhiraar berjaya dibebaskan daripada tawanan Romawi. Demikian sejarah perjuangan Islam yang disertai serikandi Islam yang tidak gentar bertempur bersama perajurit lelaki. Mereka berada di belakang pasukan kerana jika ada perajurit yang luka, mereka yang merawatnya. Hingga zaman pemerintahan Usman bin Affan, Khaulah menyaksikan pelbagai peristiwa dan bencana. Kegigihannya di medan peperangan menimbulkan kekaguman seperti peristiwa pertempuran bertopeng itu. Suatu ketika, kepala perajurit Romawi menjadi mangsa pukulan tiang khemah yang dicabut Khaulah ketika beliau memimpin wanita yang bersamanya di medan peperangan. Ia berlaku ketika pertempuran pasukan Arab dan Romawi kedua di Maraj Daabiq. Sekali lagi, Khaulah kehilangan saudara lelakinya, Dhiraar, yang ditawan musuh. Kesedihannya digarap pada syair dan tangisan yang mendorong semangat pasukan Islam untuk menuntut Romawi membebaskan Dhiraar. Beberapa wanita lain yang suami mereka menjadi tawanan turut memberi semangat supaya tentera Islam lebih berani. Pasukan Arab berjaya menyerbu daerah utara Syam dan mengepung Antarkia manakala beberapa tawanan dibebaskan, termasuk Dhiraar. Malangnya Khaulah dan beberapa wanita lain pula menjadi tawanan Romawi. Dalam tawanan pasukan musuh itu, Khaulah tidak menyerah kalah. Beliau berseru kepada temannya: “Hai puteri Himsyar sisa keturunan Tubba, apakah kalian rela menjadi tawanan Romawi dan anak kalian menjadi budak mereka? “Lebih baik kita mati daripada menjadi tawanan yang hina dan melayan Romawi keparat.” Dengan semangat pantang menyerah, Khaulah mengetuai teman tawanan wanita dengan mengambil tiang khemah. Bersenjatakan tiang itu, mereka melawan pasukan Romawi dengan memukul kepala mereka. Berkat keberanian itu, mereka berjaya membebaskan diri.

*Sejak dulu sangat mengagumi beliau.Moga diri beroleh kekuatan meneladani beliau=)

Prinsip Sebelum Peribadi

Secara kebiasaannya, dan secara lojiknya, anak murid akan terkesan dengan gurunya, yang telah memimpinnya daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kehidupan yang celaru tanpa tujuan kepada kehidupan yang jelas.Menyedarkan makna kepuasan dalam hidup, objektifnya, dan hakikatnya. Dan membawanya daripada alam kejahilan kepada alam pengetahuan dan renungan.Secara tabie, lojik, dan sendirinya, seseorang murid akan meneladani gurunya dengan perkara yang dirasakan elok. Tetapi adalah suatu kesilapan, sekiranya dia menganggap pendapat-pendapat gurunya dan buah-buah fikirannya itu suci daripada kekurangan, yang tidak boleh ditentang dengan lojik dan pemikiran yang membetulkannya atau menolaknya.Jikalau itu yang berlaku, maka akal anak murid akan sentiasa terikat dengan akal gurunya, hatinya dengan hati gurunya, beramal dengan amalan gurunya, cintai apa yg dicintai, benci apa yang dibenci, bersemangat dengan apa yang gurunya bakar-bakarkan, lemah di waktu gurunya lemah, mara apabila gurunya mara, dan berundur tikamana gurunya berundur.Mad’u seperti ini, dia tidak mengetahui bahawa dia telah melakukan satu kesilapan yang besar, kerana telah menjadikan gurunya (pendakwah) terlindung daripada dua rujukan utama yang tiada kebatilan padanya iaitu ; Al-Quran dan As-Sunnah.Murid yang melakukan sedemikian, dia tidak mengetahui bahawa dia sebenarnya telah memotong ikatan rabbani di antara dirinya dengan Penciptanya. Dialah sahaja yang telah menghulurkan segala bekalan yang berterusan tika mana manusia tiada, dan telah menunjukkan perkara benar tika mana manusia berselisih pendapat, dan telah menunjukkannya jalan tika mana dia sesat.Ingatkah engkau kewafatan Rasulullah s.a.w?Adakah engkau ingat penentangan yang dilakukan oleh ribuan muslimin selepas kewafatan Baginda s.a.w, untuk murtad dan tidak mahu membayar zakat? Adakah engkau ingat apa yang telah dilafazkan oleh Abu Bakr r.a ? Orang yang paling cintakan Rasul s.a.w serta paling membenarkan Baginda s.a.w, dan sungguh berseni dalam berkorban untuknya, orang yang tidak dapat membayangkan bagaimana besarnya kehilangan kekasih hati dan teman sepanjang umur?Sesungguhnya dia telah menyeru manusia dengan lantang, sehingga terkejut setiap orang yang pernah mengenalinya sebelum ini, tika dia berkata; “Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati, dan sesiapa yang menyembah Allah, maka Allah itulah yang Maha Hidup dan tidak akan mati.” Kemudian dia membaca;“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)”. Surah Ali Imran: 144Walaupun dengan sepenuh cintanya mencintai Nabi s.a.w, tetapi semua kesedaran, kefahaman, tanggungjawab, ikatan dengan fikrah dan prinsip, manhaj dan Tuhan manhaj, tidak ada baginya guru ataupun ketua, sehinggalah walaupun guru dan ketua itu Rasul s.a.w sekalipun.Hormat terhadap guru dan orang alimSecara pastinya, kita dituntut untuk menghormati guru-guru kita dan orang-orang alim kita, usaha mereka, pendapat mereka, buah-buah fikiran mereka, dan kita sentiasa menyebut-nyebut mereka dengan perkara-perkara yang baik. Kita juga tidak boleh membiarkan diri kita dan orang lain untuk memburuk-burukkan mereka sekiranya pendapat kita berlainan dengan mereka, dan juga tidak mempamerkan kesalahan mereka sekiranya mereka tersilap.Ini kerana setiap manusia tidak terlepas daripada kesalahan, walau setinggi mana pun ilmu dan kemampuannya. Tetapi dalam masa yang sama kita dituntut untuk tidak meninggikan mereka ke satu darjat kesucian, dan menganggap setiap yang dikatakan itu betul, dengan tidak mempertikaikan pendapat mereka, atau tanpa melihat kembali pendapat mereka, atau menolaknya. Kita juga tidak dituntut untuk menganggap apa yang bertentangan dengan lisan mereka adalah salah dan tidak boleh untuk dikaji, atau ditelaah, atau diambil darinya.Bahaya yang tersembunyiApabila meningkatnya rasa cinta terhadap ulama’ dan guru-guru dan intimnya keterikatan dengan mereka, maka bermulalah suatu bencana yang bahaya dalam dakwah itu sendiri. Ini adalah kerana keterikatan yang sebegini akan menjadikan kesetiaan / wala’ seseorang kepada peribadi-peribadi dan bukan kepada dakwah itu sendiri.Seterusnya dia akan mencari jalan-jalan untuk menampakkan kesalahan itu sebagai perkara yang betul, dan menjadikan kritikan terhadap pendapat sama seperti mengkritik peribadi.Cara berfikir sebegini akan menjadikan seseorang itu memperjuangkan peribadi-peribadi tertentu, dilebihkan daripada memperjuangkan dakwah dan fikrah itu sendiri. Ia akan menjadikan peribadi-peribadi tersebut lebih tinggi daripada prinsip-prinsip.Ini merupakan satu perkara yang menafikan nilai ikhlas dan tajarrud (totaliti) dalam dakwah, dan ia meletakkannya dalam bawakan angin nafsu dan semangat perkauman. Ia mencipta perasaan taksub buta bagi kumpulan-kumpulan dan mazhab-mazhab yang secara tabie dan lojiknya ia akan wujud selagimana manusia ini wujud, kerana mereka memang telah dicipta oleh Allah akan berselisih dan sentiasa berselisih.Tetapi apa yang dirisaukan adalah, medium perbezaan pendapat dalam mazhab dan buah fikiran ini bertukar kepada tempat mencaci maki dan mengumpat, memburukkan peribadi-peribadi dan ulama’ tertentu, dan boleh jadi ia pergi kepada yang lebih jauh daripada itu, sehingga ia boleh menjejaskan asas-asas dalam akhlak islamiah dan kemanusiaan.Sesungguhnya tautan dengan peribadi-peribadi tertentu tanpa fikrah yang dibawa akan menjadikan seseorang itu sebagai tawanan bagi sesiapa yang diikutinya. Dengan itu terpadamlah cahaya akalnya dan pandangannya, dan terhalanglah padanya banyak kebaikan, sehingga dia hidup bertentangan dengan kepentingan dakwahnya, agamanya dan dirinya sendiri.Telah diriwayatkan oleh ahli sejarah, bahawa telah dikatakan kepada Khalid Al-Walid pada suatu hari selepas dia masuk Islam (walaupun terlewat) – beliau merupakan seseorang yang hebat berfikir dengan akalnya dan kepandaiannya, dan telah segera memeluk Islam setelah dengar mengenainya – dikatakan kepadanya;“Di manakah akalmu wahai Khalid? Adakah engkau tidak melihat cahaya kenabian di depan matamu sebelum ini?”.Beliau menjawab: “Sebelum ini ketua kami adalah lelaki-lelaki yang mana kami melihat mimpi-mimpi mereka seperti gunung-ganang!” –bermaksud mereka ini mengikut telunjuk ketua –pent.Dan lebih dahsyat lagi, golongan-golongan pak turut tersebut itulah yang mula-mula sekali terjatuh dalam fitnah dan cubaan, tika mana orang yang disanjunginya itu difitnah dan dicuba. Mereka (pak turut) itu menghamparkan keyakinan dan keimanan mereka serta meluaskan pemikiran mereka terhadap peribadi-peribadi tersebut yang kadang-kadang betul kadang-kadang salah.Namun mereka tidak meluaskan buah-buah fikiran tersebut kepada keimanan kepada Allah. Mereka berpuas hati dengan teori-teori mereka, dan mereka terus berjuang mempertahankannya ketika manusia menjauhi mereka, atau manusia mengkritik teori-teori mereka. Bahkan mereka akan lemah semangat, untuk memikul nyalaan dakwah ini kepada sesiapa selepas mereka, dan tidak mampu untuk menyempurnakan jalan ini hanya dengan mencari keredhaan Allah dan keimanan kepada dakwah mereka.Sesungguhnya itulah sebab yang sama yang telah mendorong Umar Al-Khattab r.a untuk melucutkan jawatan panglima perang terbaik dan termasyhur dalam sejarah Islam, iaitu Khalid Al-Walid, daripada mengetuai tentera ketika saat-saat kemenangannya. Itulah dia suatu bentuk arahan yang mengejutkan kebanyakan manusia, kerana dia takut-takut bahawa orang muslimin akan mengatakan kemenangan tersebut adalah kerana Khalid, bukan kerana pertolongan Allah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.RawatanPersoalan ini adalah tanggungjawab bersama di antara mad’u dan daie. Dengan peranan kedua belah pihak barulah dapat menyelesaikan masalah ini, dan mengehadkan kesan-kesan buruk kepada dakwah.
Pertama: Peranan Daie
1. Sentiasa memberi taujihat dalam mencari keredhaan Allah. Walaupun itu merupakan bentuk-bentuk individu atau peribadi, tetapi itulah cara pengajaran tradisi yang dengannya Nabi s.a.w mentarbiyah para sahabatnya. Itulah yang mendorong Abu Bakr r.a mula-mula sekali bersuara ketika di awal pelantikannya; “Taatilah aku selagimana aku mentaati Allah kepada kamu, dan sekiranya aku melanggari perintah Allah, maka tiadalah ketaatan bagiku ke atas kamu”.
2. Melazimkan diri dengan ikhlas, tawadhuk dan tajarrud (total).
3. Ikatkan mad’u dengan fikrah, bukan dengan dirinya selagimana dia mampu.
4. Berani mengaku kesalahan sekiranya tersilap.
5. Mendorong untuk berfikir dan berbincang dan kreatif dalam berfikir, serta tidak mengambil pandangan orang lain sebagai maksum, wajib diikuti dan dilaksanakan.
6. Memberikan qudwah dan contoh dalam menghormati orang-orang yang bertentangan pendapat dan menyatakan sudut pandangannya, serta tidak mencela dan memburukkan mana-mana peribadi secara mutlak. Juga hanya menyebutkan perkara-perkara baik terhadap orang yang berselisihan pendapat, dengan menganggap mereka ini mujtahid, kadang-kadang betul kadang-kadang salah, seperti mana manusia lain.
7. Menerima kritikan dengan hati yang gembira, dan membalas setiap pertanyaan tanpa bosan atau mengatakan kepada pengkritik mereka ini jahil. Dan juga elakkan daripada suka berdebat.

Kedua: Peranan Mad’u
1. Bersifat Rabbani (ketuhanan) dan sentiasa menghadapkan akal, hati dan tubuh badan kepada Allah, bukan kepada peribadi.
2. Tidak meletakkan darjat sesiapapun ke darjat yang suci daripada kesilapan, dan menjadikan pendapatnya sentiasa benar itu tidak boleh dibincangkan, walaupun dalam kemampuannya dan kedudukannya di sisi manusia.
3. Sentiasa menggunakan fikiran dalam menilai apa yang diperkatakan manusia.
4. Bebas daripada peribadi-peribadi tertentu, dan memisahkan di antara pengajaran mereka dan ikut mereka secara membabi-buta kepada mereka.
5. Kemahuan untuk kreatif dan pembaharuan, dan pertambahan terhadap apa yang telah dicapai oleh orang lain, serta tidak menganggap apa yang yang telah dicapai oleh mereka itu adalah sehabisnya. Ini kerana kekreatifan bagi akal tiada sempadan.Apabila perkara-perkara di atas berlaku, maka akan terhubunglah hati, akal dan jiwa dengan Penciptanya lebih kuat daripada mana-mana manusia. Pada ketika itulah kita tidak melihat sesiapa di depan kita melainkan Allah, sehinggalah walaupun yang berdiri di depan kita jutaan manusia. Maka kita akan terus mempertahankan prinsip-prinsip yang kita imani ini, sehinggalah walaupun semua orang melepaskan diri daripada amanah ini. Sehinggalah, walaupun tergolong dalam mereka (yang melepaskan diri itu) adalah mereka yang pernah menjadi pendokong dakwah sebelum ini.Wallahua’lam.
Sumber: laman ISMA Mesir