Friday, November 27, 2009

Ibrah dari Siti Hajar

Bismillah..

Selamat hari raya aidiladha buat semua muslimin muslimat,kullu 'aam waantum bikhair,insya-Allah..

Ingin berkongsi buat muhasabah diri dan sesiapa jua yang membaca.Baru balik dari bertakbir di rumah rakan2 undergraduate dan mendapat perkongsian yang sangat berharga dari kak Wani.Sesuatu yang memang diri dah tahu dan cuba untuk dihayati..

USAHA + DOA + TAWAKKAL

Bila diimbas balik,umum tentunya maklum akan kisah Nabi Ismail a.s. dan ibunya,Siti Hajar.Lakaran kisah ini jugalah yang pernah disebutkan oleh Nabi salallahu alaihi wasallam apabila ditanya tentang sa’iy (berlari-lari anak) dari safa ke marwah sebagaimana hadis yang driwayatkan oleh ibnu Abbas mafhumnya:

“Demikianlah (merujuk kepada kisah Hajar berlari sebanyak 7 kali antara safa dan marwah semata-mata mencari air untuk anaknya yang kehausan) berlari-lari anak (sa’iy) yang dilakukan oleh umat Islam sebagai salah satu rukun haji antara Safa dan Marwah)”

Sebagaimana yang dinyatakan dalam riwayat al-Bukhari daripada Ibnu Abbas maksud (sahih al-bukhari) dan mafhumnya (penjelasan Ibnu kathir dalam fathul bari),berikut adalah petikan klausa yang menampakkan kehebatan wanita ini:

“…Maka hajar dan anaknya Ismail mengikut Ibrahim alaihimussalam sambil bertanya secara berulang kali: Wahai suamiku Ibrahim, ke mana mahu kamu bawa kami? Apakah kamu mahu tinggalkan kami berdua di tempat yang tidak berpenghuni dan sahara kontang ini? Hajar merayu kepada Ibrahim berulang kali, namun langsung tidak dijawab oleh Ibrahim alaihissalam. Tanpa putus asa Hajar bertanya lagi: Apakah Allah yang memerintahkan kamu dengan hal begini? Ibrahim menjawab sepatah: Ya (na’am).Setelah mendengar jawapan suaminya itu, Hajar alaihassalam dengan penuh yakin berkata: “Jika begitu, nescaya Allah tidak akan mensia-siakan kita”…”

PENGAJARAN

Memetik kisah Safa dan Marwah,diceritakan yang Siti Hajar terlihat bayang air di dua tempat ini.Ketika di bukit safa,beliau terlihat air di bukit marwah dan begitulah seterusnya.Secara logiknya,akal manusia biasa seperti yang menulis akan memutuskan untuk tidak meneruskan pencarian di tempat yang pada awalnya memang diketahui tiada air.Tetapi,dalam konteks USAHA dan YAKIN DENGAN JANJI ALLAH,Siti Hajar tetap berlari-lari di antara dua bukit itu!
Dan beliau HANYA berhenti pabila melihat air mengalir keluar dari tempat hentakan kaki anaknya,Nabi Ismail a.s..

Ibrahnya,Siti Hajar mengajar kita untuk TERUS berusaha sehingga MENDAPAT apa yang diingini.USAHA Siti Hajar dapat dilihat daripada perbuatannya BERLARI-LARI anak dari bukit Safa dan Marwah!Dan walaupun tidak mendapati adanya AIR di kedua-dua bukit ini,beliau masih berlari ke arah adanya AIR which happened to be EITHER at these two places!Dan pabila mendapati AIR keluar dari hentakan kaki si kecil,Nabi Ismail a.s.,beliau MENGHENTIKAN pencariannya!

Siti Hajar juga mengajar kita untuk YAKIN dengan JANJI-NYA!Beliau yang pada mulanya berulang-kali bertanya kepada suaminya tentang destinasi perjalanan mereka akhirnya REDHA dengan jawapan suaminya.Apa jawapan Nabi Ibrahim a.s.?

Tanpa putus asa Hajar bertanya lagi: Apakah Allah yang memerintahkan kamu dengan hal begini? Ibrahim menjawab sepatah: Ya (na’am).Setelah mendengar jawapan suaminya itu, Hajar alaihassalam dengan penuh yakin berkata: “Jika begitu, nescaya Allah tidak akan mensia-siakan kita”…”

REDHA yang sama maksudnya BERSERAH DIRI dengan KETETAPAN dari Allah serta YAKIN dengan janji-Nya.Janji-Nya yang tidak akan pernah menzalimi makhluk-Nya!

Wahai diri,yakin dengan-Nya ya?Of all people,you should have known that Allah has decreed that boundaries..

Have faith in Him!

Let Allah takes care of the rest,shall we?Insya-Allah,everything will be just fine.Amiin.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,

Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Thursday, November 5, 2009

Aku Ingin Berjalan Kpd-Mu..

video

Dengan nama-Mu ya Allah..yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Pemilik 'arasy yang gah,Pencipta sesusuk peribadi indah,junjungan besar Muhammad S.A.W..

Jika qudwah hasanah itu bisa melembutkan hati si Yahudi buta,apatah lagi Pencipta si qudwah hasanah itu..

Yang tersangat lembut mentarbiyah(mendidik) hamba-hamba-Nya..dengan sedikit ujian tetapi mengundang sepuluh macam keluhan dan rintihan hamba-Nya..

Ya..Itulah aku..manusia yang terlalu kerap alpa dan lalai..

Lemas dilambung badai duniawi..Aku yang tidak sedar diri..yang berumah di tepi pantai lantaran keangkuhanku..konon-kononnya dengan segala yang ada di tanganku,aku bisa menyelamatkan diriku daripada dilambung badai mengganas..

Meleset sungguh andaian aku itu..Tapi dengan segala Kebesaran-Mu,Engkau memimpinku pulang ke jalan-Mu..Betapa baiknya Engkau ya Rabbul 'Izzati..Engkau yang tidak pernah mengadu perihal hamba-Mu walaupun kepada para malaikat-Mu..aku yang sudah berbillion kali menyakiti-Mu,dengan kelembutan-Mu Engkau menyayangiku..

Engkau tenangkan jiwaku..Engkau lapangkan dadaku..walaupun aku yang bertuhankn al-hawa' ini sering mengingkari suruhan dan larangan-Mu..Engkau yang sangat Berbesar hati..Engkau yang Maha Pemurah..yang sangat Baik..

Aku yang kejam dan jahat ini selalu menyakiti-Mu dengan perilaku jahiliyahku..Ampunkan aku Allah..Aku yang siang dan malam membaca 'aku redha Allah sebagai Tuhanku' dalam ma'thuratku..Tetapi Islam kaaffah itu terlalu jauh dari diriku..Aku yang memandu diriku ke arah maksiat..yang perlu difahami bukan sahaja yang zahir tapi juga batin..zina mata,dan yang paling dahsyat zina hati..Inilah aibku yang tertutup yang Engkau dengan Segala Kebaikan-Mu,dengan Segala Kelembutan-Mu menutupnya dari jangkauan mata-mata yang memandang..yang tidak bisa menembusi dimensi ghaib-Mu..

Engkau Tuhanku..Dengan segala Kebaikan-Mu,hanya Engkaulah yang layak menjadi Tuhanku..di dunia dan di akhirat yang kekal abadi..Engkaulah Tuhanku selama-lamanya..Tidak mahu aku bertuhankan selain dari-Mu..kerana biarpun aku tidak dapat melihat-Mu..Aku masih dapat merasa Engkau memelihara-Ku..setiap teguran sayang-Mu..setiap sakit yang Engkau beri..semuanya sebagai kaffarah dosa-dosaku yang memutih seperti pasir..sangat lembut ya Allah,Engkau sangat Lembut..


Rasulullah bersabda:'Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi selainnya'

Ingin aku tegakkan Islam itu dalam diriku..walaupun aku jatuh,tersungkur,berdarah2..aku akan bangun semula di atas dua kaki pemberian-Mu ini..untuk melangkah pada-Mu..jika himmahku hilang ditelan kegelapan malam,akan aku berjuang mencarinya kembali regardless of what it takes..kerna aku tahu sengsaranya hidup tiada himmah itu..

Hati itu perlu sentiasa disinari iman..Perlu berusaha..bukankah Allah itu ada?Panjatkanlah munajatmu pada Dia,Pemilik kepada Cahaya itu..Senjata terkuat seorang mukmin..Berusaha untuk mendekati Si Dia,untuk meraih perhatian-Nya..supaya Dia memandang-Mu dengan pandangan kasih dan sayang..tiada yang lebih bermakna melainkan pandangan-Nya..

Walaupun takut,lantaran ingatan pada sebuah hadis yang mengatakan..sesiapa yang mengaku jatuh cinta dan sayang kepada Allah dan Rasul-Nya,ujian akan datang kepadanya ibarat AIR YANG MENGALIR..tapi aku ingin mengaku ya Allah,aku jatuh hati pada-Mu..

Kerana jatuh hati pada-Mu itu..membuatkan aku bangga menjadi seorang Muslim..Rabbiku yang sangat Baik..yang selalu membuat aku terharu menangis lantaran sayang-Mu padaku yang menggunung karat mazmumah..

Engkau Tuhanku..Engkau Pencipta Rasulku,yang pada dirinya tergambar kemuliaan akhlak dan tingkahlakunya..Aku ingin datang kepada-Mu dengan berjalan,akan berlarikah Engkau?

Rasulullah S.A.W bersabda dalam Hadis Qudsinya diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a..

Allah berfirman,"Aku sesuai dengan dugaan hamba-Ku pada-Ku.Dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepada-Ku.Jika dia ingat kepada-Ku di dalam hatinya,Aku akan mengingatinya dalam hati-Ku.Dan jika dia ingat kepada-Ku dalam lingkungan khalayak ramai,nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik.Dan jika dia mendekati-Ku sejengkal,Aku akan mendekatinya sehasta.Dan jika dia mendekati-Ku sehasta,nescaya Aku mendekatinya sedepa.Dan jika dia datang kepada-Ku berjalan maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.."(riwayat Syaikhani dan Tarmidzi)

Tuesday, November 3, 2009

Unic-Hanyut

video

Cipta dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

*Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindungan-NYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana',
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
teriring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

Notes: fatamorgana is something y realitinya tiada..fikir2kan