Thursday, February 25, 2010

Terimalah Semuanya Dengan Hati Yang Redha,Moga Meraih Redha-Nya

c/o Katakanlah kami ini adalah miliknya Allah yang akan kembali kepada-Nya kapan dan di mana saja..
Dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan agar mendapat keredhaan dan pertolongan..

ADA HIKMAHNYA

Segala yang berlaku ada hikmahnya.Tidak perlu ditanya,tidak perlu dipersoalkan mengapa dan kenapa.Tidak perlu meletakkan sebarang expectation ataupun assumption mahupun rules of thumb;approximation!

Kerana bila kamu mempersoalkan setiap apa yang berlaku,ia seolah-olah kamu mempersoalkan kerja Allah SWT!Berhati-hatilah dengan setiap perbuatan dan tindak-tanduk kamu wahai manusia!

Maafkan dirimu,maafkan sesiapa yang konon-kononnya menyakiti dirimu.Kita yang sebagai manusia biasa ini tidak lari daripada imperfections.Siapalah kita untuk menghukum?Allahlah yang selayaknya menghukum.

JANGAN MARAH

Pabila seseorang itu marah,syaitan akan mempergunakan peluang ini untuk mengapi-apikan bara amarah dalam hati seseorang anak adam.Seorang sahabat pernah berkata,"bila marah,tanya diri awak,awak marah sebab apa,kerana apa?Kerana yang dimarah tu memburuk-burukkan Islam ataupun awak marah sebab Allah tak suka apa yang diaorang buat?"

Berlapang dadalah kamu wahai manusia!

Bersangka baiklah kamu sesama saudara seakidahmu,tidak rugipun sekiranya kamu bersangka baik kerana mereka yang ikhlas hanya mengharapkan pandangan Allah,hanya mengharapkan Allah sebagai pemberi ganjaran atas apa yang kamu kerjakan!

Ketika marah,cepat-cepatlah beristighfar dan berta'awwuz memohon perlindungan Allah daripada bisikan2 syaitan.Kerana masih lagi berada di tahap nafsu amarah..

Barangsiapa yang menahan kemarahannya padahal dia mampu melampiaskannya,Allah akan memanggilnya di akhirat kelak di hadapan khalayak ramai sehinggaa dia diberi pilih bidadari yang mana disukainya. (Riwayat at-Tarmizi dan Abu Daud)

Perbanyakkan membaca doa:

"Ya Allah ya Tuhan kami,Tuhan Nabi Muhammad SAW.Ampunilah dosaku,hilangkan kemarahan hatiku dan peliharalah aku daripada lesesatan fitnah"

JANGAN KAU PASUNG SAYAPMU SENDIRI!

Ingin mencari dan merasai cinta Allah itu bukan hanya sekadar berdoa sambil menitiskan air mata!Bukan hanya dengan kata-kata lembut mengajak pada kebaikan!

Ia lebih dari itu!

Berbahagialah sesiapa yang Allah menghendaki dirinya merasai cinta-Nya.Dan rugilah mereka yang tidak berusaha walau sedikitpun untuk meraih cinta-Nya.

Tapi perlu diingat,cinta Allah itu tidak boleh seiring dengan cinta kepada maksiat,cinta kepada dosa,cinta kepada jahiliyyah!

Untuk beroleh rasa cinta yang bisa menerobos langit-Nya yang tujuh seterusnya sampai kepada-Nya perlu kepada sebuah mujahadah!

Sebab itulah ganjarannya syurga kerana mujahadah itu MAHAR sebuah syurga!


"...dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu ke lembah kebinasaan.." (al-Baqarah:195)



c/o Katakanlah kami ini adalah miliknya Allah yang akan kembali kepada-Nya kapan dan di mana saja..
Dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan agar mendapat keredhaan dan pertolongan..

p/s:entry ini ditulis sambil mendengar lagu kembali by tashiru..