Friday, May 21, 2010

Kembali


Alhamdulillah,terbaca ayat ini bila hati tercari-cari kekuatan untuk terus berjuang di medan pelajaran!

Ketika diri tercari-cari cahaya kekuatan untuk terus berjuang dalam keadaan emosi yang bagai diserang taufan dan tsunami..

35.Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar.Pelita itu di dalam tabung kaca dan tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi,yaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat,yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api.Cahaya di atas cahaya(berlapis-lapis),Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki,dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia.Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Seolah-olah Dia berkata-kata kepada diri..

36.(Cahaya itu) di rumah-rumah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut nama-Nya,di sana bertasbih (menyucikan) nama-Nya pada waktu pagi dan petang,

Telah kurang mengingat diri-Nya semenjak beberapa bulan ni..

37.(Yaitu) orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingat Allah,melaksanakan solat dan menunaikan zakat.Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi guncang (hari kiamat)
(Surah An-Nur)

Alhamdulillah,dah ketemu penyelesaian kepada masalah diri..

Kekuatan itu datangnya daripada Allah,sumber kepada kekuatan ialah Allah SWT.Jika dibebani masalah,sepatutnya langkah pertama sekali yang perlu kita buat ialah kembali kepada-Nya!

Hanya Dia sahaja yang mampu menyelesaikan segala kekusutan yang melanda,berimanlah dengan ayat-ayat-Nya!

Tuesday, May 4, 2010

Exam Mode Activated

Assalamualaikum warahmatullah.


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi muslim student yang cemerlang di UK/di mana-mana sahaja anda belajar?


Apa kata kita renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah titipkan di permulaan surah Al Mukminun, surah yang ke 23 di dalam lembaran Al Quran:


1. Keyakinan, kepercayaan and having faith in Allah, His Mercy and His Help.

"SesungguhnyaBERJAYALAH orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan attitude seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.


2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.

"iaitu orang-orang yangkhusyuk dalam solatnya." [23:2]

Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it. Bukan sambil lewa.


3. Prioritise

"dan orang-orang yangmenjauhkan diri dari lagha(perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh pressure, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, movies, korean series, games, facebook dll sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menyediakan makanan aka memasak (supaya tak makan maggie je selama 2minggu), membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum. However, the best thing to do during your break is to take wudhu', solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, therefore our hearts will be at peace and calm state no matter how hard is the exam.

plus, do avoid complaining, whining, mengumpat lecturer dsbg kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah nauzubillah.


4. Care about each other

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, be it knowledge, past year papers, or even just food. Sharing is caring.


5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yangmenjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tension je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong...jika kita mencari dan meminta padaNya.


6. Jujur, amanah

" dan orang-orang yangmemelihara amanah-amanah dan janjinya." [23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor dan dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our exam? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.

Please, no cheating in term of time, especially dalam dewan peperiksaan. Stop writing immediately when you are told to so. Instead, its time to say "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."


7. Punctual, particular

"dan orang-orang yangmemelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks muslim student's life ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continously, aka istiqamah.


Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk academic semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah dan merebut peluang mewarisi syurgaNya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]


Wallahu'alam.


Semoga berjaya dunia akhirat.


" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat. " [2:200]


"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]


"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]



~ "Kami adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, selama mana kami mencari kemuliaan yang bukan dari apa yang Allah muliakan kami dengannya, maka kami akan mendapat kehinaan Allah S.W.T." ~[Sayidina Umar al Khattab]

p/s: credit goes to ukhti aisyah abdul razak;kudos 'alaik!~

Monday, May 3, 2010

Sharing2

Bismillah

Rabu lepas sy ada sharing session dgn kawan2 dekat OZ n NZ.Sgt bgusnya dorg ni sebab berjaya organize sharing session ni~ And hanya rabu lepas sy berkesempatn join dorg;n ini antara content dalam session tu.Just wanna share with you guys;hope it will benefit u in many ways

Tajuk:Istiqamah n iman

Daripada Abu 'Amru, (ada yang mengatakan Abu 'Amrah), Suffian bin Abdullah at-Tsaqafi r.a., beliau berkata: Saya berkata: "Wahai Rasulullah, katakanlah kepada saya satu perkataan tentang Islam yang saya tidak perlu menanyakannya kepada orang lain." Baginda s.a.w bersabda: "Ucapkanlah saya beriman kepada Allah, kemudian kamu hendaklah beristiqamah". (Riwayat Muslim)

dalam hadis ni,Rasulullah ditanya ttg

1) satu perkataan : yang menghimpunkan seluruh pengertian agama lagi jelas tanpa memerlukan kepada penghuraian lagi

2) tentang Islam: tentang aqidah dan syariatnya

yang kemudiannya Rasulullah SAW menjawab:

1) Ucapkanlah saya beriman kepada Allah: Perbaharui iman kamu dengan Allah secara mengingati-Nya dengan hati kamu dan menyebut-Nya dengan lidahmu, agar kamu menghadirkan semua perincian rukun iman

2) kemudian kamu hendaklah beristiqamah: hendaklah kamu sentiasa dan tetap teguh melakukan amal ketaatan dan berhenti daripada segala perkara yang menyalahi Islam

Definisi istiqamah ini diambil dari dua surah iaitu:

1) “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita.” (Fushshilat: 30)

2) “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (al-Ahqaf: 13)

bottomline is hendaklah beristiqamah atas tauhid yang sempurna :)

Mesti korg wonder kenapa ya kena beristiqamah?

1) Allah SWT berpesan pd kita semua utk beristiqamah :) Firman-Nya:

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.” (al-An'am: 153)

2) Istiqamah juga matlamat orang2 beriman :) sebagaimana dalam surah al-fatihah yang kerap kita ulang dalam solat fardhu kita.

“Tunjukilah kami jalan yang lurus.” (al-Fatihah: 6)

3) Satu perintah drpd Allah dan Rasul-Nya :)

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu).” (Fushshilat:6)

Istiqamah terbahagi dua iaitu:

1) istiqamah hati

Ingatlah, sesungguhnya di dalam jasad manusia, ada seketul daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasad. Ingatlah, ia adalah hati. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) - Lihat hadis keenam dr hadis 40

Hmm,asal istiqamah ialah hati yang beristiqamah atas tauhid.Apa yang dikatakan istiqamah atas tauhid tu?Huhu,maksudnya hati yang mengenali Allah SWT,hati yang merasa takut dengan Allah SWT,hati yang cinta pada Penciptanya,hati yang berharap pada Khaliqnya,hati yang meletakkan sepenuh pergantungan pada Allah dan hati yang berharap hanya kepada Allah SWT(Segala y lain y applicable boleh includekan jgak ye~).Bila hati istiqamah,insya-Allah segala anggota badan yang lain akn istiqamah jugak sebab hati umpama raja dan rajalah yang menguasai orang2 bawahannya (anggota badan yang lain)

2) Istiqamah lisan

Setelah hati berjaya diistiqamahkn,anggota utama y mesti diistiqamahkn adalah LIDAH!

Nape ye?Senang je jawapannya;lidahkn ur heart's interpreter;what comes out from ur mouth is what's inside though u always hear about others saying 'aku mulut je jahat tapi hati baik'

Be careful;sebab i think all of us had come to this point of able to understand this!Sangat2 betullah apa yang keluar dari mulut orang,itulah yang ada dalam hati mereka!

Ada dua hadis yang menyebut tentang istiqamah lisan ni:

1) Saya bertanya: Wahai Rasulullah, apakah perkara yang paling ditakuti terhadap saya? Lalu Baginda memegang lidah Baginda sendiri. (riwayat Tirmizi)

2) Drpd Nabi SAW,Baginda bersabda,Iman seorang hamba tidak akan beristiqamah sehinggalah hatinya istiqamah. Dan hatinya tidak akan beristiqamah sehinggalah lidahnya istiqamah. (riwayat Ahmad)

Kalau rasa sgt2 susah jugak nak istiqamah,baca firman Allah ni,mesti korang berlumba2 punyerlah :P

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu-apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. "(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!” (Fushshilat: 30-32)

1) Allah kata kalau kta istiqamah,malaikat akn turun kpd kita n sentiasa menyebut kata2 yang baik pada kita;jgn bimbang dan jgn bersedih

2) n yang seronoknya Allah yang Maha Hebat tu bawak gud news utk kta!Apa gud news tu?Dia akn bg syurga y Dia JANJIKAN utk kita kalau kita berISTIQAMAH!huhu

3) Allah mengofferkan Diri-Nya y Maha Gagah tu sebagai PENOLONG kita;cuba bayangkan kalaulah PM MALAYSIA offer nk tolong kita kalau kita tgh susah eg x dapat keje camne lah agaknya.Tu baru PM,ni Tuhan segala manusia,Pencipta seluruh Alam masya-Allah mesti bahagia hidup kita.Yang bestnya Penolong untuk DUNIA n AKHIRAT mak aihh,sape y taknak betul tak?

4) dan Allah kata lg,kalau kita beristiqamah,kita akn dpt apa y nafsu kita nak masa kat akhirat nnt.huhu,baikkan Allah ni :(

5) dan org y istiqamah,dia akn dapat apa y dia cita-citakan masa dekat hari akhirat nnt.

Huhu,bestkan!~ tapi yang paling rasa sebak sgt bila Allah kata sume ni( sume y di atas tu) sebagai SAMBUTAN PENGHORMATAN dr Dia.Kalau fikir2 balik,kita ni xde kepentingan pun pd Dia,Dia x perlukan kitapun.Tapi subhanallah,Dia sangat baikkan pada kita semua! Jadi kawan2 apa tunggu lagi,mari kita bermujahadah menuju Ilahi,insya-Allah!

Pernah baca gak,antara TIPS utk ISTIQAMAH ialah MELETAKKAN CINTA ALLAH LEBIH TINGGI DR SEGALA CINTA Y ADA DI DUNIA!

p/s:Dalam maksud ayat tu ^^ fikir2kn dan selamat beramal~ mg Allah redha dgn kita semua,amiin!maaf ats segala kekurangan.