Thursday, June 26, 2014

Sang Ikhwah Gila-Gila





Lantas kutekan butang "Accept Friend Request"

Tidak lama selepas itu..

"Thanks accept. Boleh kita berkawan?" terpapar di timeline

"Haha :p Insha-Allah"

Setahun yang lalu

Aku diminta hadir ke satu meeting berkenaan dakwah dan tarbiyah..

Dalam kekalutan pulang dari kerja yang persis seorang doktor kerana selalu on-call (maaf bukan doktor), aku menapak masuk ke pejabat X

Aku duduk di barisan belakang..

Hari ini adalah hari pertama menghadiri meeting Y

Ala-ala beginner gitu..

Aku dengan keseriusanku dan  mereka dengan ulah mereka..almaklumlah, engineer spesies perempuan ni agak agresif dan proaktif..

Ketika pembentang jemputan membentangkan kertas-kerja, aku khusyuk mendengar bersama 100% konsentrasi..

"Islam itu syumul dan segala apa di bawah sinaran matahari ini adalah tidak lari dari lindungan Islam"

Lebih kuranglah ye..Ingat-ingat lupa plak..

"Kalaulah Islam itu syumul sehinggakan kita kena masuk Cak Lempong, maka apa salahnya"

"Kalau kesyumulan Islam itu hanya terbukti dengan kehadiran kita dalam teater musikal anjuran pihak universiti, maka saya dan semua tiada halangan"

Aku yang mendengar..

TERPANA..Orang putih kata jaw-dropped !

Siap dengan gaya2 tangan sekali tuh..

Nak bersilat ke berzapin mamat ni? ..Senang citer, adalah gaya dua2 tuh

Apakah benar apa yang aku dengar ini..

Oh Allah, tak pernah2 ada ikhwah mahupun akhawat berkata sedemikian rupaa..

Tidakkk!!!!

Habislahh! !  !  ! !

Ikhwah ini bakal ditelan samudera amukan senior2 di hadapannya, fikirku

Tapi, takdelah sampai sebegitu rupaa..Adalah seketul dua bersuara menyatakan kurang setuju..

Aku?

Terkesima melihat kredibiliti sang ikhwah gila-gila itu..

Hehe..jangan salah faham..

Sudah tentulah penglibatan kita dalam apa jua urusan hidup perlulah dalam lingkungan syari'at Islam..
Konklusi?

Malam itu, aku seperti terjatuh cintaa..

Itulah cinta idamanku..

Aku meluahkn rasa hati pada housemateku, Tipah si akhawat comel..

Excited benar gayanya mendengar ceritaku..

Dengan tekad yang jitu..aku bersiap-siaga..

Walaupun baru sekali berjumpa, aku terus berlagak gentlewoman..

Berbekalkan kepahlawanan Khaulah Al Azwar, aku merisik mengenai sang ikhwah gila-gila dari naqibahku..

Oh, dia student local..Asal selatan dan amik law pulak tu..

Dakwah dan tarbiyah??

Masha-Allah!! Tip top meletopp

Aku?? Err..

Krik..krikk..krikk

Tidak lama selepas itu..

Akhirnya, aku dengan rendah hati mengundur diri..tersentap sedikit dengan kata-kata naqibahku (mendalam weii)

"Kalau kita nak orang yang hebat jadi partner kita dunia akhirat, kita pun kenalah hebat juga. Kalau boleh kena ukur baju di badan sendiri"

"Pipit dengan enggang mana boleh terbang bersama"

Hatiku menangis. Takpelah, biarlah aku jadi yang terbaik hanya untuk Dia yang selayaknya..

2 tahun kemudian

Aku terus istiqamah dalam platform dakwah..Tipah si akhawat comel setia menyalurkan kekuatan dan kata-kata semangat serta taujihat..
Aku bersyukur kerana aku sudah punya bulatan gembiraku sendiri..kawan2 seofisku turut datang menyerikan lagi bulatan gembira ini..

Aku tidak lagi teringat si ikhwah yang gila-gila..aku lebih fokus dan lurus dalam perjuangan dakwah dan tarbiyah..

"Tipah, jom pergi forum XYZ dekat JB tu. Ana tertarik sgt nak tahu kedudukan Melayu Muslim dalam memartabatkn Islam di Malaysia."

Rupa-rupanya, Tipah si akhawat comel adalah AJK tegar bg forum XYZ

Apalagi, aku pun laju saja mendaftar dengan si Tipah..

Pagi itu sungguh ceria..tak sabar rasanya untuk hadir forum ni..

Panelis2 sungguh hebat belaka..aku khusyuk dalam penghayatanku..Sesi penggulungan hujah disudahi dengan lafaz terima kasih dr pak moderator..
Nak dijadikan cerita, Tipah si akhawat comel berseorangan mengendali forum ini bersama beberapa ikhwah..

Ramai akhawat tidak dapat hadir kerana kekangan lain..aku pun membantu Tipah mengemas gelas minuman panelis..

Dalam perjalanan ke dapur untuk mencuci gelas, aku yang tunduk memandang lantai (eh tawadhu'nya huhu) tiba-tiba terasa ingin mengangkat wajahku..

Ehhh?

Macam kenal sahaja..

Aku terus memandang lantai  dan mengawal riak wajahku..

Selesai urusan di dapur, aku terus keluar dari pejabat bagi menjaga hatiku..

Woah, ada badai bergelora okayy

Tapi dekat dalam hati jelah..hee

Aku menunggu si Tipah akhawat comel di dalam keretaku..

Cuaca sangat panas yang amat.."Mana si Tipah ni"

"..........................."

"Dear, dah masuk Zuhur ni"

Tamparan halus terasa di pipi
Aku lantas mengusap mata..

"Eh, kenapa awak ada kat sini?"

Separa mamai..

"Eh, kitakan baru je akad nikah malam tadi. Petang nikan majlis kita dear"

Balasnya tersenyum manis.

Consciousness level - reached 100%

Ya Allah

"Alhamdulillah. Terima kasih Allah"

Aku membalas senyum si suami..

Eh, ada notification Mukabuku..bisik hatiku ketika terpandang skrin handphone..

Dan akupun tersenyum haha

So sweet!



Wednesday, June 25, 2014

Hak Sesama Muslim ke-6


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,

“Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila dia meninggal dunia iringilah (jenazahnya).” (Hadis Riwayat Muslim)



Dan alhamdulillah saya telah menunaikan hak saya yang keenam..

Hari ini, beliau meninggal dunia dan meninggalkan kesan kepada saya..

Saya kurang mengenali beliau walaupun beliau adalah anak saudara dari sebelah ayah.

Tetapi, perginya beliau meninggalkan impak mendalam buat saya..

Saya terpanggil untuk meninggalkan kerja-kerja saya dan tampil melunaskan hak saya kepadanya, bermula dari malam tadi sehingga beliau dikebumikan..

Alhamdulillah saya diberi kekuatan ( taufiq dan hidayah) dari-Nya untuk mengiringi jenazah beliau sehingga ke tanah perkuburan..

Sepanjang proses pengebumian (jenazah dibaringkan dan liang lahad dikambus), hati saya alhamdulillah tidak putus-putus bermuhasah dan mendoakan beliau, seorang saudara seakidah dengan saya yang juga anak saudara saya..

Apa yang saya dapat simpulkan sepanjang doa-doa yang saya lintaskan dalam hati; semoga Allah menerima beliau sebagai tetamu yang ditunggu-tunggu di sisi-Nya..

Dari peristiwa ini, saya alhamdulillah berjaya (walaupun banyak celanya) melunaskan hak sesama muslim saya yang keenam..

Setibanya kami di tanah perkuburan, suasana redup menyambut kami seakan-akan beliau adalah tetamu yang dinanti..

Perjuangan beliau telah tamat di dunia ini..dan perjuangan saya masih berbaki yang entah berapa lama lagi..

Walaupun begitu, saya terkilan dengan sedikit salah-faham orang-orang lama; bahawa solat jenazah dan sepanjang proses pengkebumian jenazah adalah common among men only..

Sedarlah bahawa besar ganjaran dan ibrahnya bagi mereka yang mengetahui:

Sabda Rasulullah SAW: “ Apabila dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya.
Barang siapa yang menghadiri jenazah, mensolatkan dan mendoakannya, maka dia akan memperoleh pahala satu qirâth. Barang siapa mensolatkan dan mengiringinya sampai pemakaman, dia akan memperolah 2 qirâth. Ada yang bertanya: “Wahai Rasulullah, apa itu dua qirâth?” Beliau menjawab “Seperti dua gunung yang besar.” Riwayat Bukhari & Muslim


Sangat besar ganjarannya kalau kita boleh visualize dan feel dalam hati..Nak daki gunung pun semput kerana tinggi dan luasnya landskap penciptaannya..apatah lagi mendapat pahala sebesar gunung..

Even untuk solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pun sukar kerana kekangan kewangan dan masa; walaupun tahu ganjarannya beratus ribu kali ganda..

Alhamdulillah juga, sempat solat jenazah untuk beliau..saya belajar solat jenazah yang ringkas di sini


Hidup ini tidak lama..Sepanjang talkin dibacakan, saya hanya dapat mendengar beberapa bait ayat sahaja..

Yang paling terkesan ialah bilamana ia sampai kepada: MATI itu PASTI..

Saya tidak menangis secara physically tetapi hati saya menangis..banyaknya dosa saya yang tidak terampun..

Banyak lagi tanggungjawab kepada Allah yang terabai..

Hak sesama manusia..

Hak sebagai khalifah Allah di bumi yang fana' ini..

Yang paling terdekat, hak kepada ibu-bapa dan kaum kerabat..

Sungguh, pemergian beliau meninggalkan kesan kepada diri saya..

Semoga kesan ini bertapak kukuh di jiwa saya, sehingga saya bertemu Teman saya yang Tertinggi dan ultimately, Allah yang Maha Tinggi!