Sunday, December 29, 2013

Hot Chocolate


Hari ini, ingin berkongsi beberapa dapatan dari cerpen Hot Chocolate karya Aku Bukan Suparmen.

Dapatan 1:

Orang yang tidak pernah mengetahui betapa gelapnya jahiliyah, tidak akan merasai betapa terangnya hidayah.

Sejujurnya, saya setuju dengan kata-kata di atas. 

"Erk, kalau macam tu, saya kena patah balik ke untuk merasai terangnya hidayah tu?"

"Aiseh, no need lah."

"Pandanglah mereka yang ketika silamya gelap tetapi kini gemilang terbilang sebagai sumber inspirasi dan bukti kekuasaan Allah S.W.T"

"Selalulah duduk bersama mereka dan bertukar-tukar pandangan agar kita sebagai da'ie lebih empathy/ memahami dan berupaya meletakkan diri dalam kasut yang sama dengan mereka. Lebih mudah insha-Allah untuk approach adik2 yang ingin dijadikan mad'u. Hehe"

Dapatan 2:

Pastikan amal yang basic sentiasa tip top. Contoh: Jangan bedal Hot Choco tanpa izin tuan seperti cerita di atas hehe

Mas'ulah pernah bagi pandangan, "Orang umum yang biasa selalunya benar dalam menentukan salah/benar perkara yang melibatkan common sense". Eh??

Common sense????

Ramai yang tahu dan ramai juga yang tidak tahu.

Sebab tu kena bercampur dengan masyarakat umum. Hehe

"Sesungguhnya seorang Muslim, jika ia bergaul dengan manusia dan bersabar atas gangguan mereka adalah lebih baik daripada seorang Muslim yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas gangguan mereka" (HR Tirmimdzi)

Sebagai dai'e, ( erk) kadang-kadang kita sendiripun ada silapnya.

Contoh: "Alina, awak dah bayar bil Astro? Orang Astro dah call ni". 

Alamak!!

Kan dah menyusahkan orang tu kawan oii! Dush2

Makanya, pengurusan diri dari segi masa, kewangan dan urusan dunia yang lain perlulah sentiasa diperbaiki. 

Untuk apa????

Sudah tentu untuk pengurangan masalah di masa akan datang yang lebih optimum.

Sudah tentu juga Allah sayang lebih, sebab Dia suka orang Mukmin yang memberi manfaat kepada orang lain.

Eh?

Yelah, memudahkan urusan orang lain..Tak gitu.

Dapatan 3:

Dai'e kena tactful sikit.
Huh?

*Cari dekat Mr. Google eh nanti*

Seperti Azzam, yang bijak menggunakan peluang yang ada untuk memancing si mad'u iaitu Raed berkenaan Hot Chocolate.

Dan sudah tentunya, strategi ini tidak akan menjadi tanpa kekuatan dalam seorang Raed, yang tidak sanggup membayangkan tubuhnya diratah api neraka di akhirat kelak lantaran tidak mendapat  signal 'OK' atas Hot Chocolate yang dibedalnya!!

Ultimatenya, Allah jualah yang berkehendak untuk si Raed ni menjadi orang yang terpilih untuk menerima hidayah-Nya. Subhanallah!!!

Sebabnya, untuk beroleh hidayah Allah ada dua syarat:

1. Orang itu berkehendak dengan berusaha sehabis daya di samping berdoa

2. Allah Berkehendak memberi hidayah-Nya kepada hamba-Nya yang dikehendaki

Untuk ulasan lanjut, nantikan post yang akan datang insha-Allah. Senyum selalu..

Baca: Dulu dekat UK, selalu minum Hot Chocolate hehe.