Rasulullah S.A.W bersabda yang
bermaksud,
“Hak seorang muslim terhadap sesama
muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah
salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia meminta nasihat
kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka
doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat
kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila dia meninggal dunia
iringilah (jenazahnya).” (Hadis Riwayat Muslim)
Dan alhamdulillah saya telah
menunaikan hak saya yang keenam..
Hari ini, beliau meninggal dunia dan
meninggalkan kesan kepada saya..
Saya kurang mengenali beliau walaupun beliau adalah anak saudara dari sebelah ayah.
Tetapi, perginya beliau meninggalkan impak mendalam buat saya..
Saya terpanggil untuk meninggalkan kerja-kerja saya dan tampil melunaskan hak saya kepadanya, bermula dari malam tadi sehingga beliau dikebumikan..
Alhamdulillah saya diberi kekuatan ( taufiq dan hidayah) dari-Nya untuk mengiringi jenazah beliau sehingga ke tanah perkuburan..
Sepanjang proses pengebumian (jenazah dibaringkan dan liang lahad dikambus), hati saya alhamdulillah tidak putus-putus bermuhasah dan mendoakan beliau, seorang saudara seakidah dengan saya yang juga anak saudara saya..
Apa yang saya dapat simpulkan sepanjang doa-doa yang saya lintaskan dalam hati; semoga Allah menerima beliau sebagai tetamu yang ditunggu-tunggu di sisi-Nya..
Dari peristiwa ini, saya alhamdulillah berjaya (walaupun banyak celanya) melunaskan hak sesama muslim saya yang keenam..
Setibanya kami di tanah perkuburan, suasana redup menyambut kami seakan-akan beliau adalah tetamu yang dinanti..
Perjuangan beliau telah tamat di dunia ini..dan perjuangan saya masih berbaki yang entah berapa lama lagi..
Walaupun begitu, saya terkilan dengan sedikit salah-faham orang-orang lama; bahawa solat jenazah dan sepanjang proses pengkebumian jenazah adalah common among men only..
Sedarlah bahawa besar ganjaran dan ibrahnya bagi mereka yang mengetahui:

Sabda Rasulullah SAW: “ Apabila dia
meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya.
Barang siapa yang menghadiri jenazah, mensolatkan dan mendoakannya, maka dia akan memperoleh pahala satu qirâth. Barang siapa mensolatkan dan mengiringinya sampai pemakaman, dia akan memperolah 2 qirâth. Ada yang bertanya: “Wahai Rasulullah, apa itu dua qirâth?” Beliau menjawab “Seperti dua gunung yang besar.” Riwayat Bukhari & Muslim

Sangat besar ganjarannya kalau kita boleh visualize dan feel dalam hati..Nak daki gunung pun semput kerana tinggi dan luasnya landskap penciptaannya..apatah lagi mendapat pahala sebesar gunung..
Even untuk solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pun sukar kerana kekangan kewangan dan masa; walaupun tahu ganjarannya beratus ribu kali ganda..
Alhamdulillah juga, sempat solat jenazah untuk beliau..saya belajar solat jenazah yang ringkas di sini
Hidup ini tidak lama..Sepanjang talkin dibacakan, saya hanya dapat mendengar beberapa bait ayat sahaja..
Yang paling terkesan ialah bilamana ia sampai kepada: MATI itu PASTI..
Saya tidak menangis secara physically tetapi hati saya menangis..banyaknya dosa saya yang tidak terampun..
Banyak lagi tanggungjawab kepada Allah yang terabai..
Hak sesama manusia..
Hak sebagai khalifah Allah di bumi yang fana' ini..
Yang paling terdekat, hak kepada ibu-bapa dan kaum kerabat..
Sungguh, pemergian beliau meninggalkan kesan kepada diri saya..
Semoga kesan ini bertapak kukuh di jiwa saya, sehingga saya bertemu Teman saya yang Tertinggi dan ultimately, Allah yang Maha Tinggi!