18.Hingga ketika mereka sampai di lembah semut,berkatalah seekor semut,"Wahai semut2!Masuklah ke dalam sarang-sarangmu,agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tenteranya,sedangkan mereka tidak menyedari.
Padahal Allah Yang Maha Pemurah telah memberikan sebahagian nikmat-Nya kepada Nabi Sulaiman a.s..Nabi Sulaiman ni menggantikan kenabian dan kerajaan ayahnya,Nabi Dawud a.s. dan beliau mewarisi ilmu pengetahuan dan kitab Zabur yang diturunkan kepadanya :)
15.Dan sungguh Kami telah memberikan ilmu kepada Dawud dan Sulaiman;dan keduanya berkata,"Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari banyak hamba-hambaNya yang beriman."
16.Dan Sulaiman telah mewarisi Dawud,dan dia berkata,"Wahai manusia!Kami telah diajari bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu.Sungguh,semua ini benar2 kurnia yang nyata."
And bila Nabi Sulaiman mendengar kata2 semut,
19.Maka dia tersenyum lalu tertawa kerana mendengar perkataan semut itu.Dan dia berdoa,"Ya Tuhanku,anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai;dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh."
Sangat soleh and baikkan Nabi Sulaiman ni? ^^ Baginda tak berbangga diri bahkan baginda merendahkan dirinya dan berdoa kepada Allah supaya dirinya tergolong dalam golongan hamba2-Nya yang bersyukur dan soleh :) :) :)
Seronok2 ^^
Tak payah beli buku cerita :) :)
Alhamdulillah,thank you Allah :)