Saturday, April 16, 2011

20 Sen Saya


Rupa-rupanya untuk menjadi baik;soleh bukan senang. Wajib memaksa diri untuk tinggalkan maksiat dan buat perkara ma'ruf..

Jadi memang terbuktilah, mujahadah itu adalah mahar syurga kita di sana; akhirat yang kekal abadi..

Semalam singgah sebentar di Filey bertemu sahabat tercinta di samping adik2 tersayang. Topik yang hangat dibicarakan semestinyalah bab2 cinta :)

Betapa parahnya kita sekarang ni kerana begitu disibukkan dengan masalah2 perasaan ni. Dan saya juga memang pernah tersungkur di sini; dan alhamdulillah Allah masih sayangkan saya dihadirkannya 'rasa' sensitif dengan dosa2 yang kabur; walaupun tidak pernah bercouple dan yang seumpama dengannya. Hanya berlegar di hati lantaran fitrah namun mampu membaham diri andai diri dibiarkan hanyut dengan mainan perasaan..

Saya sangat2 berharap dan berdoa moga para pemuda pemudi di luar sana dapat terus tegar mempertahankan prinsip serta ajaran Islam yang telah kita semua maklum.

Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing. Janganlah kerana kamu bersendirian dalam mempertahankan apa yang kamu faham, menyebabkan kamu menjadi flexible seperti lalang; go with the flow untuk diterima umum. Perlu jelas di sini untuk apa kita hidup di dunia ni. Murnikan niat, jelaskan matlamat.

Sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan Semesta Alam..

Saya juga belajar, ilmu itu datang dengan tanggungjawab. Kawan2, saya juga manusia biasa.. Tersilap juga dalam berkata2 dan tingkah-laku. Suka untuk saya menegur dengan mendahulukan diri saya sendiri, barulah diikuti dengan mereka yang saya sayangi..Berlainan pula dalam bab mendoakan seseorang; kita digalakkan untuk mendahulukan orang lain kemudian barulah diri kita sendiri..

Cinta itu sesuatu yang suci. Why not kita mulakan dengan mencari cinta Ilahi, kerana itulah konsep yang terbaik insya-Allah..Matlamat hidup kita, irrespective of whatever things we've done is to seek for His Blessing. Even dalam bercinta/ mencari pasangan pon perlu jelas matlamatnya; which is to acquire His Blessing and Love..

Dan saya menyedari, one-sided love is not gonna happen unless the other party agree to it. Cinta/ Jatuh cinta itu tidak salah. Ia adalah fitrah sebagai manusia. Cumanya saya ( manusia) dan kamu yang saya sayang telah memandu cinta itu ke halatuju yang salah.

Mengambil kaedah mencegah itu lebih baik dari merawat, saya mengambil keputusan untuk tidak jatuh cinta dengan mana2 hamba Allah untuk menjaga hati. Sebab apa? Sebab saya tidak bersedia lagi nak berkahwin; habis belajar pon lambat lagi. Itu decision saya. Dan saya sarankan untuk adik2 yang saya sayang di luar sana..

Peringatan untuk saya juga, kurangkanlah untuk berfikir/bercakap tentang si dia yang kamu minat. Ia akan menggugah hubungan kamu dengan Allah; takut cinta itu lebih tinggi maqamnya dari cinta kita pada Allah..Na'uzubillah..

Mungkin kita boleh menafikan tapi tanya diri kamu balik, periksa niat kamu kembali. Sebagai contoh, pergi ke talk dsb dengan niat oh nanti si dia akan nampak kita @ nak lihat si dia sahaja.. Niat dah tak murni di situ; bukan lagi kerana Allah..

Juga tidak saya nafikan, diri saya ( perempuan) serta sisters2 yang lain perlu kuat dan tegar menghadapi cabaran2 dari hamba2 Allah yang approach ni. Jikalau memang tidak bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat, put aside this kind of thing first. Sisters, fitnah terbesar yang disebut dalam hadis Rasulullah itu salah satunya adalah kita sendiri. Adakah kita ni nak jadi faktor penghumban lelaki dan diri kita sendiri ke neraka?

Kalau betul sayang kita tu kerana Allah, mari solehahkan diri kita. Mari tundukkan pandangan; cepat2 beristighfar bila hati sibuk berbisik baiknya si dia dsb. Rasa itu tidak halal untuk kita nikmati manisnya. Bersabarlah..

Insya-Allah, mawaddah dan rahmah itu akan Allah campakkan untuk kamu semua jika kamu menjaga kesucian cinta kamu ( termasuk saya). Akan Allah buktikan bila kita berkahwin nanti. Perasaan itu akan membuak2, hasil dari menjaganya kita akan rasa cinta itu sendiri. Yakinlah dengan janji Allah perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik..

Jangan risau, kita tidak extreme ^^ Singkap kembali sirah Rasul dan kisah para sahabat, bagaimana mereka berurusan sesama lelaki dan wanita. Akan kamu temui jawapannya..

Semoga kita semua diberi kekuatan berlipat kali ganda untuk berpegang pada syara' dan sentiasa sabar dalam melawan hawa nafsu. Ingatlah pada hari di mana Allah akan mengabulkan keinginan nafsu kita; yang telah kita tahan di dunia pabila di akhirat kelak. Inilah masanya untuk kita buktikan keyakinan kita pada janji Allah. Semoga kamu2 yang saya sayang semakin solehah dan kuat, moga kita saling tegur-menegur sebab Islam itu sendiri adalah nasihat..

Allah knows best