Hamdalah
Tersedar dari lena yang panjang. Jadi perlu mula bergerak kerana pemuda yang banyak masa kosong tanpa pengisian, akan dibunuh oleh statiknya mobiliti pemuda itu.
Dalam memantapkan jati diri agar konsisten, usaha perlulah kreatif. Ketika saya berada di Masjid Nabawi 2011 yang lalu, saya telahpun menapak ke perkarangan masjid seawal jam 6 ptg hanya kerana ingin merebut saf hadapan ataupun setidak2nya tidak perlu solat di luar bangunan masjid. Sekiranya masa yang panjang tidak diisi dengan sebarang pengisian y kreatif, saya sendiri memang akan bosan menunggu masuknya waktu solat.
Paling membimbangkan ialah waktu antara maghrib dan isyak di mana cabaran semakin sulit. Biasanya usai solat asar, saya dan kumpulan saya punya aktiviti sendiri; mendaki Jabal Nur & Jabal Tsur, ziarah perkuburan Baqi' dsb.
Apa yang saya buat ialah:
-Perbanyakkan membaca Al-Quran, paling elok khatam 1 Al-Quran, jika mengantuk
-Bangun solat sunat; Taubat, Rawatib, Hajat dan y bersesuaian @
-Berzikir
Akhir2 ini, saya juga sedar saya tidak lagi gemar majlis ilmu yang sarat dengan fakta seperti lecture. Jadi, saya melabur dalam pembelian novel2 ilmiah spt. karangan Fatimah Syarha dan Hilal Asyraf contohnya. Diksi dan tahap kefahaman y diperlukan sekufu dengan peringkat saya sebagai belia yang suka memberontak jiwanya.
Dan sebagai manusia Muslim, saya juga sedar saya perlu mempersiapkn diri saya mendepani cabaran dunia y fana' ini. Pastikan:
-Solat fardhu 5 waktu setiap kali masuk waktu solat
-Perbanyakkn solat sunat bagi mengukuhkan iman di hati dan amalan2 yang lain.
Teringat pesanan Kak Syidah, 'kalau futur sekalipun, jangan sampai solat fardhu tergadai'.
Sekarang saya berada di rumah yan mana saya kira adalah zon selesa saya. Jadi, saya perlu keluar untuk menyelamatkan agama saya dengan aktiviti2 bermanfaat utk Islam. Insya-Allah. Semoga Allah sentiasa melimpahkan belas kasihan-Nya pada saya!