Thursday, November 20, 2008

~Quantum Leap~

salam..alhamdulillah,we meet again in this blog of mine..suddenly,this aayah pops-up in my mind(motivates me a lot when I tend to do lagha things)..

Apakah benar aku berjual beli dengan Sang Pencipta, sedangkan masa rehatku masih berlebihan?
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.” (61:10-11)

diri sering diremindkan tentang betapa entrepeneurship menyumbang kepada two-third pintu rezeki kita..so the same goes with this aayah(I'm not referring to the fractional thing)..we are now living in this world not to for the sake of having fun but each of us is entrusted to be His Khalifah,not to bring harm but to offer+promote peace..

in order to carry out the mission of amar makruf nahi munkar (being a daie),we have to revise our personality matrix..are these 10 things which I am going to list down here lie in us especially the blogger herself?

Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.


Pesanan al-Banna:
Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.


Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.


Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.


Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Walaupun kaya, perlu bekerja.
Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
Menjauhi riba dalam semua lapangan.
Menyimpan untuk waktu kesempitan.
Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.


Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw
sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat
.

Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).


Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
Daie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.


Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


Berguna untuk orang lain (Nafi’un li ghairihi)
Daie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain. Daie adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada daie.
Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.


terasa diri semakin jauh dari apa yang ingin dikejar..moga dapat kembali semula mempraktikkan kefahaman diri tentang Islam walaupun mungkin mengundang pelbagai respond..terlalu banyak bercakap sekarang hingga principle yang sekian lame dipegang tergadai..memang ade pros and cons but then we as a Muslims should have know this(pergaulan dalam Islam)..it is the fundamentals of Islam..perubahan berganda ke arah cemerlang gemilang terbilang or the other way round?

teringat kata2 seorang sahabat ketika diajukan pertanyaan:'ape sebenarnya batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan?'.dia menjawab:'boleh bertegur sapa dengan classmates dan yang sewaktu dengannya as long as tidak menimbulkan fitnah..juga diharuskan pergaulan dalam urusan jual beli,saksi,perubatan dan pendidikan..but what matters me most is that he said 'tapi org2 yang wara' x buat camtu(bertegur sapa)'..wara' is memelihara diri daripada perkara2 yang boleh mendatangkan maksiat(more or less),and diri masih jauh untuk mencapai martabat itu=(

banyak yang perlu diperbaiki..semoga Quantum Leap ini membawa diri ke arah yang lebih diredhai,insya-Allah=)

4 comments:

Fairuz Sallehuddin said...

You wrote:
"Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam."

Let us ban Mc. D?? okaaayyyy??
huhu.

kita paling terasa pasal pergaulan laki-perempuan tu:(

Anonymous said...

mcd kfc anw johnson&johnson kotex kimberley-clark nokia intel.

heheh. makin lama makin susah nak elak. tapi boleh cuba, kan?

kalian engineer, wujudkan handphone ke, komputer ke. hu.

Fairuz Sallehuddin said...

ade bende yang kita boleh elak, kita elak.
contohnya bab makan.
tp bende yang tak boleh elak cam keta ke pc ke perubatan ke..
kita boleh gunakan products dieorg. yang hanya dgn cara itu org Islam akan maju n dapat sebarkan dakwah..

Bukan Bidadari said...

fai-yup,insya-Allah..will be workg on that..toksah sedeh k..

tasha-insya-Allah,doakan ktaorg jd engineer islam y hebat!amiin