Friday, May 1, 2009

Kerana Baik Sangkanya pada Allah..

Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad,daripada Suhaib radhiyallaahu 'anhu,beliau berkata,suatu ketika Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam duduk bersama-sama para sahabatnya dan tiba-tiba Baginda ketawa.

(Melihatkan keadaan sahabat yang terkejut) Baginda berkata:"Apakah kamu tidak mahu bertanyakan aku apa yang menyebabkan aku ketawa?"

Mereka berkata,"ya Rasulullah,mengapa engkau ketawa?"

Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda:"Ajaib sungguh perihal seorang mukmin.Semuanya baik belaka untuk dirinya.Jika dia mendapat sesuatu yang disukainya,dia memuji Allah lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya.Dan jika dia ditimpa sesuatu yang dibencinya,dia bersabar.Lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya.Bukan semua orang yang boleh menjadikan segala perkara adalah baik untuknya kecuali MUKMIN.

Hebatkan peribadi seorang MUKMIN yang SEJATI?nak jadi macam ni,bolehkan ya Allah?=))

No comments: