Sunday, June 26, 2011

Tahan Lisanmu Itu

Pagi semalam, riuh-rendah di dapur dengan suara kami dua- beradik walaupun sebenarnya anak-anak kepada En. Mohd Adeni dan Pn. Solimah adalah berjumlah 5 orang :)

Dan semalam adik lelaki bongsu selepas Subuh, meneruskan pelayarannya di alam mimpi. Seperti biasa kakak-kakak yang kononnya prihatin membebel dari dapur. Berasaplah telinga si adik tadi..

Tapi, bila muhasabah kembali, hendak menegur kena berhikmah :)


Walaupun adik bongsu mungkin hanya di Tingkatan 3, tapi mereka yang lebih tua perlu juga beradab dalam menegur. Membebel tidak tentu arahpun hanya membazir air liur dan memekakkan telinga mereka yang mendengarnya.

Dan kalaulah diri diletakkan ditempat adik, mahu mengamuk sebab tiada respect langsung! Walaupun kakak sendiri.

Ingatlah adikpun ada hati dan perasaan. Ada rasa malu dan ada ego tersendiri. Adik ataupun kakak, muda mahupun tua, kita adalah sama; manusia yang Allah jadikan punya hati dan perasaan.

Jadi, ingin menyentuh hati-hati family tersayangpun kena ada marhalah Dakwah Fardhiahnya.

Bersesuaian dengan firman Allah SWT., “Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS. Ali-Imran : 159).

Al-Quran telah memberikan penyelesaian. Indahkan Islam ;)

1 comment:

NI said...

setujuuu. baru sembang dengan ukht di sini juga tentang 'tahan lisan' ni.. huhu

cth kalau rumah bersepah, bukan kita yg buat. kalau xnak kemaskan, jangan kemas. x payah kemas sambil menyakitkan hati orang lain :D