Saturday, October 22, 2011

Ignorance is Not a Bliss

Hari ni saya kehilangan dua orang penting dalam hidup saya.. Seakan2 separuh dari support system saya tiada. Sejujurnya, mungkin tiada langsung. Tapi,

Saya kena menghargai mereka yang berada di sekeliling saya. Illiyyin, Atikah dan adik2 yang mengharapkan support dari saya.

'Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah sebaik baik perancang. Semoga Allah memberikan kesabaran kpd kita.'


'Takpelah. Kita tak tau ini rahmat atau musibah. Bersangka baik sahaja dengan Allah, mudah mudahan ada kebaikannya.'
Jazakumullahu khairan untuk kedua2 nasihat ini.

Saya terlupa

Untuk bersangka baik dengan Allah

Saya juga terlupa Allah adalah sebaik2 Perancang. Walaupun saya juga merancang, dalam masa yang sama Allah juga merancang sesuatu buat saya. Dan sudah tentunya yang terbaik di pandangan-Nya buat agama saya dunia dan akhirat insya-Allah

Support system sangat penting. Rupa-rupanya saya kuat kerana saya ada Allah yang Maha Luas kasih-sayangNya

Saya sangat kuat kerana saya ada kawan2 yang setia ketika di SK Serom 5

Saya sangat tabah dan tidak gentar kerana saya ada kawan2 yang setia dan memahami ketika di SM Sains Kota Tinggi

Dan sekarang, saya perlu kuat walaupun support system saya goyah

Kerana saya perlu kuat untuk orang2 di sekeliling saya

Dan sudah tentu semata2 kerana Allah


No comments: