Monday, April 27, 2009

Back To Basic..

Untuk mencari damai di hati,back to basic,pulanglah ke asalmu..Dan kerana itulah,zikrullah,majlis ilmu dan solat sering mendamaikan jiwa yang berkocak.Indahnya Islam,indahnya agama-Mu ini ya Allah,subhanallah..

Sedangkan dosa,lagha dan tenggelam dalam urusan dunia sangat kerap meresahkan jiwa.Memanglah,sebab telah Dia tentukan asal jiwa ini 'dekat' dengan-Nya..

"Kenapa dekat?Tak faham?",bisik hati..

"Yalah,sebab kita pernah bersoal jawab dengan Allah secara live,di alam roh yang misteri,basically kita memang 'dekat' dengan Allah",jawab akal..

"A'ah,yalah"

Allah bertanya secara langsung kepada kita,

"Bukankah Aku Tuhan kamu?"

Dan kita semua telah menjawab soalan ini secara langsung kepada Dia,

"Benar (Engkaulah Tuhan kami),Kami menjadi saksi." (Al-Aaraf:172)

Di alam itu,kita 'dekat' dengan-Nya dan hakikat itu cukup BESAR peranannya dalam kembara kehidupan kita di dunia ini yang cukup mencabar iman yang senipis kulit bawang cuma..

Ya Allah,saya sangat rindu akan suasana 'itu' di mana para akhawat sentiasa berada di sisi,menjadi ibrah buat saya,memberi galakan untuk bermujahadah untuk Islam..

Sungguh,saya takut dalam konon-kononnya kita taat dalam beribadah kepada-Nya,terselit satu perasaan yang akan mempersoalkan,

"Kenapa aku yang diuji?Kenapa tidak orang lain?"antara kata-kata yang sering diucap oleh mulut saya sendiri..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:'kami beriman',sedang mereka tidak diuji?" (Al-Ankabut:2)

Betapa Allah berbicara dengan kita through ujian yang didatangkan khas buat insan-insan terpilih..

No comments: