Thursday, April 30, 2009

Ratu Syahadah

Pada zaman Firaun memerintah negera Mesir,dia mempunyai seorang isteri yang cantik dan bijak serta beriman kepada Allah SWT.Asiah seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya.Namun,apabila Asiah menemui hidayah daripada Allah,dia tidak lagi menganggap suaminya sebagai Tuhan.Asiah mengambil langkah dengan merahsiakan keimanannya daripada pengetahuan Firaun.

Pada suatu hari,Firaun dapat mengetahui rahsia isterinya yang beriman kepada Allah.Firaun berasa sangat marah dan memerintahkan pengawalnya menyeksa Asiah dengan pelbagai seksaan untuk mengubah kepercayaan Asiah.

Firaun berkata kepada Asiah,"Kamu harus meninggalkan agamamu."

Asiah menggeleng kepalanya tanda tidak setuju.Melihat Asiah yang berdegil,Firaun mengarahkan pengawalnya mengikat Asiah pada beberapa pancang kayu kecil.

Firaun berkata lagi kepada Asiah dengan nada marah,"Keluar kamu daripada agama kamu!"

Asiah masih teguh dengan pendiriannya.Dia berkata dengan tidak ada rasa takut,"Adakah kamu tahu nyawa saya dalam jagaan Allah?Sekiranya kamu potong tubuhku ini kepada beberapa bahagian,ia tidak menghalang cintaku kepada Allah."

Kemudian,Nabi Musa lalu di hadapan Asiah yang diseksa Firaun.Asiah bertanya kepada Nabi Musa,"Wahai Musa,katakan kepada saya adakah Tuhan redha atau marah kepada saya?"

Nabi Musa menjawab,"Wahai Asiah,semua malaikat di langit merinduimu dan Allah SWT memujimu.Allah berkata,mintalah kepada Aku,Aku akan memenuhi permintaanmu!"

Dalam surah Tahrim ayat 11,Asiah berkata yang bermaksud,"Ya Tuhanku,bangunkan bagiku di sisi-Mu,rumah di syurga.Selamatkan aku daripada Firaun dan perbuatannya.Dan selamatkan aku daripada kaum yang zalim."

2 comments:

fairuzsallehuddin said...

thanks alina.sama2 jadi asiah jom?

Ezati said...

teringat lagu ratu syuahadah masa sekolah dulu..

kagum2..harta dan pangkat bukan segala2nya bila diri bertuankan iman..

moga iman kita sekuat beliau..amiiin