Saturday, July 18, 2009

Setelah Allah dan Rasul..

Setelah Allah dan Rasul..

Dari kata2 Imam Nawawi:

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu.Jika hilang agamamu,hilanglah cintaku padamu"

Namun begitu,Rasulullah SAW sendiri berpesan:

"Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak akan menjadi musuhmu.Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak akan menjadi orang yang kamu cintai"
(Riwayat al-Bukhari,Abu Daud,al-Tirmizi dan Ibnu Majah drpd. Abu Hurairah)

Maksud sabda Baginda lagi:

"Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya,anaknya dan seluruh manusia"
(Riwayat al-Nasa'i)

Lantaran masih belajar dan belum bersedia,

"Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid"
(Riwayat Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami dll.)

Dalam riwayat lain pula,

"Sesiapa yang jatuh cinta,lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia,maka dia adalah seorang yang syahid"

Berpegang kepada saranan agama (applicable to both gender),

Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi SAW bersabda:

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara:Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama,ia menyenangkan kamu"
(Riwayat Muslim)

Berdepan cabaran (diuji dengan rijal mahupun akhawat),beristikharahlah serta musyawwarah dan yakin dengan petunjuk Ilahi..

Antara kaum Adam dan Hawa,

Maksudnya:"Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki Mukmin dan perempuan Mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan satu ketetapan,akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka,dan sesiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya,maka sungguhlah dia telah sesat,sesat yang nyata"
(Surah al-Ahzab 33:36)

First thing first,jika tidak bersedia,tak usahlah bercinta=).Kalau suka,jumpalah ibubapa.Huhu,mesti x berani kan?=p

"Dan janganlah kamu mendekati zina.Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk"
(Surah al-Isra' 17:32)

Menuntut ilmu kan jihad,samalah macam melawan hawa nafsu.Jom memburu syahid!!

No comments: