"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan bagi kamu" (al-Ahzab:21)
Showing posts with label ~SejarahIslam~. Show all posts
Showing posts with label ~SejarahIslam~. Show all posts
Tuesday, February 17, 2009
Hati Tempat Jatuh Pandangan Allah
Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa a.s. sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s. Katanya’ “ Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku.” Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata, “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.” Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa a.s. dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, “Baik aku berjalan bersama di abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.” Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.” Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “ Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah.” Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah. Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan. Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi. Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.
Monday, February 2, 2009
Pencinta buku – Sultan Abdul Rahman II
Sultan Abdul Rahman hidup semasa zaman keagungan kerajaan Andalus di Sepanyol. Ayahnya berketurunan arab dan ibunya adalah berasal daripada penganut kristian berbangsa Eropah bernama Mary. Sultan Abdul Rahman adalah seorang yang sangat berilmu dan sangat kuat membaca.
Di zamannya dibina gedung-gedung perpustakaan di seluruh tanah jajahan Andalus. Ramai juga ahli cerdik pandai arab yang mula berpindah dari tanah arab ke sepanyol semasa zaman pemerintahannya. Istana sultan Abdul Rahman dipenuhi dengan buku-buku. Dikatakan terdapat lebih kurang 40,000 buah buku yang terdapat di dinding-dinding istana dan hampir kesemuanya telah dibaca oleh sultan Abdul Rahman. Sultan Abdul Rahman juga ada tukang salin yang kerjanya menyalin buku-buku yang tidak terdapat dalam koleksi perpustakaannya. Maklumlah, mesin fotostat belum dicipta pada zaman itu.
Dia juga ada menghantar beberapa orang pekerjanya untuk merantau ke seluruh negara untuk mencari buku-buku bernilai untuk dibeli. Pernah diceritakan sultan abdul rahman pernah membeli sebuah buku yang tidak terdapat dalam koleksi peribadinya dengan harga 1,000 dinar.
Semasa penaklukan semula sepanyol oleh tentera kristian, banyak buku-buku yang dibakar dan sebahagiannya dibawa pulang ke eropah. Sebab itu hingga sekarang, masih banyak manuskrip cendikiawan Islam masih tersimpan di museum dan perpustakaan di negara-negara Eropah.
Dalam sejarah Islam , terdapat dua kali pemusnahan buku apabila berlaku penaklukan musuh terhadap negara Islam
Penaklukan Sepanyol - buku dibakar
Penaklukan Baghdad – buku dicampakkan ke dalam sungai
Penakluk-penakluk ini merosakkan buku-buku ini apabila mereka berjaya menawan negara Islam kerana mereka merasakan dengan cara itu samalah dengan mereka memusnahkan hati umat Islam. Ini kerana umat Islam pada waktu itu sangat dikaitkan dengan buku. Buku adalah simbol kemajuan umat Islam. Jika tidak, mengapa buku perlu dibakar dan dibuang ke dalam sungai. Kita sudah tidak mendengar berita penakluk kafir memusnahkan buku-buku di negara Islam sekarang kerana sekarang umat Islam sudah tidak dikaitkan dengan buku.
*sekarang tengah bace Rindu Andalusia which is one of Trilogy of Granada.

Subscribe to:
Posts (Atom)