Wednesday, May 13, 2009

Kenapa Mesti Usamah?

Mula2 saya memang tertanya2 why Usamah,why Mus'ab and why Ali?Kenapa that murabbi's mom stated 'anak ummi patut jadi Usamah,Mus'ab,Ali..'

Even though saya browse through banyak kali pun still didn't get what's the correlation between 'why anak ummi' and 'patut jadi Usamah,Mus'ab,Ali'..

But,alhamdulillah sekarang nih dah faham..kenapa that particular mom and I think all moms in the world want their son to be like them,I can guaranteed you that,huhu

Kalau kita lihat balik sirah hidup diaorang ni,dalam usia yang masih muda,basically at my age,banyak jasa diaorang kepada Islam..Tak caya?Ok,never mind,kita re-check k..

USAMAH

Bapanya adalah Zaid bin Hatitsah (anak angkat Rasulullah SAW) dan ibunya adalah Ummu Aiman (bekas hamba bonda Rasulullah SAW).

Sedari kecil lagi,mempunyai semangat jihad yang tinggi.Dikatakan dalam perang Uhud,beliau tampil ke hadapan Rasulullah SAW untuk turut serta tetapi dihalang oleh Rasulullah SAW kerana usianya yang terlalu muda ketika itu.

Pabila usianya menjengah 15 tahun,beliau mengulangi taktik yang sama,benar2 berkeras untuk turut serta dalam perang Khandaq dan barulah ketika ini, Rasulullah SAW mengizinkan beliau untuk turut serta.

Dalam perang Hunain,Usamah dan sekelompok kecil tentera Islam bertahan bersama2 Rasulullah SAW dan mereka berjaya menyusun kembali pertahanan tentera Islam seterusnya mengembalikan kemenangan kepada tentera Islam.

Usamah turut menyertai perang Mut'ah dan Usamah turut menyaksikan kesyahidan ayahnya yang juga panglima tentera Islam ketika itu.Usamah tidak takut dan terus bertahan dan berperang dan akhirnya berjaya membebaskan diri daripada cengkaman tentera Rom ketika tentera Islam dipimpin oleh Saidina Khalid Al-Walid.

Ketika berusia 20 tahun,Rasulullah SAW melantiknya mengetuai tentera Islam ke Ghassan untuk menawan Rom tetapi keberangkatan tentera ini tertangguh kerana wafatnya junjungan besar,Rasulullah SAW.

Khalifah Islam yang pertama,Saidina Abu Bakar As-Siddiq meneruskan misi ini walaupun ditentang sebahagian kecil golongan Ansar yang berpendapat Usamah masih muda untuk mengetuai angkatan tentera Islam tika itu.

Usamah berjaya menghilangkan rasa gerun kepada tentera Rom dalam hati tentera Islam,menyumbang kepada kemenangan tentera Islam ke atas Rom.Mereka turut mendapat ghanimah (harta rampasan perang) yang cukup banyak,melangkaui anggaran mereka sendiri.

MUS'AB

Rijal ini dilahirkan kepada sebuah keluarga yang kaya raya.Pabila,dia memeluk Islam,ibu kandungya telah mengurungnya dengan harapan rijal ini akan kembali semula kepada agama asalnya.

Kerana keteguhan imannya,rijal ini sanggup meninggalkan keluarganya dan segala harta kekayannya demi Islam.Mus'ab adalah pemegang panji tentera Islam ketika perang Uhud.

Ketika barisan tentera Islam dalam keadaan kucar-kacir,Mus'ab mengangkat benderanya lalu mara ke hadapan merempuh tentera musuh.Kuffar Quraisy berhasil memotong kedua2 belah tangannya tetapi panji Islam masih lagi tidak rebah ke bumi kerana ketika itu Mus'ab memegang bendera Islam di antara kedua2 bahunya.

Rijal gemilang ini syahid di medan Uhud setelah dipanah oleh musuh Islam.

Rasulullah SAW dan para sahabat menangis ketika ingin mengebumikan mayatnya.Ketika ingin menutup kepalanya,kakinya terdedah.Ketika ingin menutup kakinya,kepalanya pula terdedah.Akhirnya,Rasulullah SAW memutuskan kepalanya ditutup dengan kain kafan dan kakinya ditutup dengan daun2..

ALI

Tika masih kecil lagi,dengan beraninya menggantikan Rasulullah SAW dengan tidur di tempat tidur baginda ketika Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq berhijrah secara senyap2 ke Yathrib.

Dalam usia yang masih muda,Ali menjadi pemegang bendera tentera Islam dalam perang Badar dan berjaya mengalahkan lawan yang lebih hebat darinya,Al-Walid bin Utbah.Ali turut dicabar oleh Amru bin Abdud,seorang panglima Quraisy yang handal tetapi Ali berjaya membunuhnya.

Rasulullah SAW turut melantik Ali sebagai pemimpin tentera Islam ketika perang Khaibar (melawan Yahudi) dan tentera Islam di bawah pimpinan Ali berjaya membuka benteng Yahudi yang sebelum ini tidak berjaya ditembusi.

Ali turut menghafal Al-Quran ketika Rasulullah SAW masih hidup serta turut mengetahui sebab2 penurunannya dan masa turunnya setiap ayat.

Ali turut dilantik menjadi hakim di Yaman kerana ketinggian ilmunya dalam bidang Al-Quran dan Hadis.Para sahabt turut menjadikannya sumber rujukan dalam bidang undang2.

Saidina Umar Al-Faruq turut mengiktiraf Ali sebagai hakim terhebat di kalangan para sahabat.Malah,saidina Ali merupakan ahli penting dalam Majlis Syura tiga khalifah yang pertama..

Saidina Ali karamallahu wajhah dilantik menjadi khalifah Islam yang keempat menggantikan Saidina Usman Zunnurain yang dibunuh pemberontak.Beliau memerintah selama 4 tahun 9 bulan sebelum syahid dibunuh oleh musuh Islam selepas menunaikan solat fardhu Subuh.

Hebatkan diaorang ni?Muda2 lagi dah kenal apa itu jihad,apa itu menjadi seorang Muslim dalam ertikata yang sebenar2nya sampai sanggup berkorban jiwa raga untuk Islam..

And then,bila compare dengan diri sendiri,jauh sangat,macam langit dengan bumi,macam pipit dengan enggang..takkan sama,sebab diaorang sangat hebat,semuanya..

Sultan Muhammad Al-Fatih pun masa buka Constantinople,baru berumur 21 years old!And dia memerintah Empayar Uthmaniyyah masa umur dia 19 tahun!Sangat hebat,kan?

Hassan al Banna,pemimpin Ikhwanul Muslimin sendiri berumur 23 years old masa dia foundered this organisation!

So,sangatlah logik when she said,'anak ummi patut jadi Usamah,Mus'ab,Ali sebab diaorang ada virtues syabab yang hebat,yang patut dicontohi oleh syabab zaman sekarang nih.

'Antara kebaikan seorang Mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya'
(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Konklusinya,jomlah jadi syabab yang berjiwa Usamah,berjiwa Mus'ab and berjiwa Ali=)..Saya pun nak jadi macam diaorang ni..

'Act like a woman,think like a man' (Quote)

Bolehkan ya Allah=))..insya-Allah,will be working towards that..kuatkan hatiku ye ya Allah,lillahi,lillahi...

~ok,study2=)..study itu alat dakwah yang should diangkat menjadi matlamat..jom2=)..and last but not least,to muslimat,berusahalah untuk tidak membuka pintu kelalaian kepada rijal ye,kerana kita masih muda unless you have prepared for it=D..

wallahu'alam

4 comments:

fairuzsallehuddin said...

okay!study2!rijal2 tak main :P

eh btw, hebat sangat2 semua2 tokoh2 tu kan. Ya Allah. Takutnya nak berhapadan dengan Allah nnt, apa sangatlah yang kita ada ..

zikrilhakiim said...

btol2=(..fai,kta sume kene kuat kan?nnt brulah die pandg kta ek=)..jom study!=)

zikrilhakiim said...

huhu,Dia oksyy..die lain hve to be stepped aside for Him,lillahi=)

Zinnirah said...

Allahuakbar~...:)